Bila isteri dah pregnant, maka bermulalah rutin pregnancy check up setiap bulan. Dari ambil darah hinggakan kena minum air gula, semuanya kena ikut jadual yang doktor berikan bagi memastikan kesihatan isteri dan anak sihat.
Masalah bagi aku dan isteri, apabila masing-masing ada komitmen dengan kerja.
Kalau dulu masa isteri mengandungkan Khair, boleh juga ambil cuti sebab cuti memang tak luak. Tapi sekarang, bila dah ada anak sorang, cuti pun banyak yang ambik emergency leave. Even sekarang kalau nak reserve nama untuk buat pregnancy check up pada weekdays pun agak pening kepala. Hohoho.
Tapi, itu dulu.. sebelum aku jumpa Klinik Dr. Najwa.
Klinik ni bagus, sebab dia ada sediakan khidmat pregnancy check up untuk ibu mengandung pada sebelah malam.
Macam yang aku pergi minggu lepas, lepas Isyak. Pregnancy check up isteri kali pertama untuk bukak buku merah.
Pada waktu tu, doktor ada ambil darah, check air kencing, sekali dengan scan ultrasound. Total kos, RM280+ dicampurkan dengan multi-vitamin dan fish oil. Kira okay lah tu kan. Duit boleh dicari asalkan masalah selesai.
So, bila dah tau klinik Dr. Najwa ni ada. Memang aku tak akan pergi tempat lain dah la. Akan aku maintain sampai baby dilahirkan. Hehehe.
Klinik Dr.Najwa
51-A, Jalan 3/69,
Seksyen 3, Bandar Baru Bangi,
Kajang, Malaysia
03-8920 8721
Waktu operasi:
Isnin-Jumaat (8.30 pagi-10.30 malam)
Sabtu (9.00 pagi – 2.00 petang)
Ahad & Cuti umum (3.00 petang – 10.00 malam)
p.s: Isteri suka datang sini sebab Dr. Najwa ni lemah lembut je orangnya. Khair pulak suka datang sini sebab banyak mainan.
Bagus juga tu buka belah malam…. memudahkan wanita yang bekerjaya untuk melakukan check up
Bagus lah kalau tak ramai orang. Check-up kat hospital pun lama menunggu sampai habis idea untuk pujuk anak behave.
Wahhh.. Bestnya bole buat checkup belah malam.. Tapi mengenangkan kosnya, daku checkup kat KK je, haha~~
Check up dengan suami memang bagus sangat. Beri semangat kat isteri.
senang jugak buat malam, tak payah nak amik cuti kan. sekarang ni isteri nak mencari klinik yang boleh buat 3d scan pulak.
Sini pun boleh buat bro. 2D, 3D & 4D.
alahai rase nak pregnant lagi…
makasih banyak yah mas informasinya
Mudah dapat check pregnancy waktu malam, paling penting tak perlu cuti