Tipu la kalau semua orang tahu pasal zakat. Tak percaya, tanya orang sebelah.. zakat ada berapa jenis semuanya. Mesti diorang garu kepala nak jawab. Bukan setakat orang yang korang tanya tu, tapi aku gunakan diri aku sendiri sebagai contoh jugak. Ilmu pasal zakat, boleh kata paras-paras hidung je.. tapi tak adalah pulak sampai aku tak tahu langsung.
Cerita pasal zakat ni sebagai info untuk korang, ada 2 jenis zakat. Iaitu zakat fitrah dan juga zakat harta. Zakat fitrah, yang ni kalau nak mudah faham.. zakat yang ketua keluarga selalu bayar pada amil zakat bila tiba bulan Ramadhan – boleh juga bayar zakat fitrah secara online.
Manakala zakat harta pula ialah zakat yang mencakupi hasil pertanian, binatang ternakan, perniagaan, wang simpanan, harta temuan, emas dan perak. Dan jangan korang tak tahu, bila sebut zakat pendapatan ni pulak, ada beberapa lagi pecahan sub-sub zakat pendapatan yang lain. Namun, secara umumnya bila sebut pasal pendapatan, ianya bermakna;
Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali, kiranya zakat yang dibayar keatas pendapatan yang korang peroleh jika cukup haul.
Haa.. Haul ni ape pulak?
Haaa.. Haul ini nak bagi senang faham, ianya cukup syarat zakat selain cukup tempoh harta perlu disimpan sebelum ditunaikan zakatnya, iaitu 12 bulan mengikut kalendar Hijrah. Haul sesuatu harta bermula dari tarikh harta itu dimiliki.
Okay selain zakat pendapatan, zakat-zakat lain termasuklah zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat pelaburan, zakat KWSP dan zakat emas. Dan dah tentu-tentu, setiap kategori zakat ada kiraan bayarannya yang tersendiri.
Bab kiraan ni kalau nak cerita dalam entri ni memang panjang, dan aku pulak bukanlah orang yang betul-betul arif untuk memberi penerangan tentang benda-benda sebegini. Jadi untuk mengelakkan salah faham, aku selalu rujuk web www.zakatselangor.com.my.
Actually sebab aku banyak rujuk kat laman web ni pun.. sebab pertamanya, kerana aku sendiri bermastautin di Selangor. Takkan la bila Lembaga Zakat Selangor dah susah-susah buat web macam ni, aku nak rujuk Terengganu pulak kan. Kedua pulak, ianya lengkap dengan segala jenis info dan sistem pembayaran zakat online.
Well bercerita bab bayar zakat online ini pulak, zaman teknologi ni kawan-kawan biasalah kalau semua benda nak diintegrasikan dengan pembayaran online. Bayar zakat online? Haa sebab nak memudahkan korang la. Banyak sangat alasan tak munasabah macam tak sempat nak bayar zakat la, tak tahu nak bayar kat mana la. So, bilamana wujudnya sistem sebegini.. kacang je. Semua dihujung jari. Hohoho.
Pembayaran zakat secara online
One thing for sure yang aku kagum dengan sistem pembayaran online di laman web www.zakatselangor.com.my ni apabila mereka bukan sahaja menawarkan pembayaran menggunakan perbankan internet melalui agen kutipan (seperti Maybank, RHB Bank, CIMB dan lain-lain), tetapi mereka juga menyediakan platform transaksi kewangan secara online yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
Platform tersebut yang diberi nama E-Zakat Pay, hanya memerlukan pembayar untuk melayari portal e-zakat di www.zakatselangor.com.my kemudian klik pada pembayaran E-Zakat Pay untuk membayar zakat.
Tiada pendaftaran serta bayaran yang dikenakan untuk menggunakan E-Zakat Pay, namun pembayar hanya perlu mempunyai akaun bank, mempunyai ID dan Password bagi membolehkan untuk membuat pembayaran secara online. Manakala, had minimum bayaran zakat sebanyak RM10 ditetapkan bagi setiap pembayaran zakat melalui kaedah ini.
Mudah kan?
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”. (Hadis riwayat Muslim)
Nota:
Terbuka kepada semua, Lembaga Zakat Selangor sedang menjalankan Kempen Zakat Online @ FPX bagi mereka yang membuat bayaran zakat harta secara saluran online FPX. Kempen ini diadakan sehingga 31 Disember 2018. Jadi, pada korang yang belum berkesempatan untuk membayar zakat harta, mungkin boleh cuba untuk mengambil peluang keemasan ini kerana tiada bayaran minimum bagi setiap penyertaan dan korang berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti berikut.