in

MoU Blooggers Dot Com bersama CellAds


Hohoi..terlambat pula untuk update tentang big news ni.

Kelmarin bertempat di Technology Park Malaysia Bukit Jalil, termeterai sudah perjanjian kerjasama diantara pihak Blooggers Dot Com bersama rakan niaga CellAds.

Sebuah kerjasama perniagaan yang ditunggu-tunggu oleh kedua belah pihak bagi merealisasikan impian masing-masing. Aku adalah salah seorang diantara saksi yang menghadirkan diri.

Blooggers_CellAds_MoU

Alhamdulillah..Terasa terharu dan juga bangga kerana projek ini dapat mencapai kata sepakat tanpa sebarang masalah. Bukan itu sahaja, perasaan bertuah juga hadir dalam diri kerana projek yang dijalankan ini mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pihak Technology Park Malaysia. Syukur.

CellAds Mou Blooggers
Ucapan daripada CEO Blooggers Dot Com
Mou CellAds Blooggers
CEO CellAds bersama CEO Blooggers Dot Com
Blooggers Team
Part of the team

Tidak sia-sia semua yang terlibat berkongsi idea dan pendapat. Diharapkan dimasa akan datang, akan adanya lebih banyak projek yang sekali gus menaikkan martabat blogger-blogger di Malaysia. Insha-Allah.

Nota: Projek CellAds adalah berkenaan dengan applikasi percuma smartphone yang menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan voucher-voucher makanan, shopping dan juga prepaid secara percuma. Jika berminat untuk mencuba boleh dapatkan applikasi ini di Play Store (no longer exist).

p/s: Perlu tingkatkan usaha demi mencapai kejayaan yang diharapkan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. Salam, kami student Universiti Malaysia Pahang, buat satu campaign awareness so that Malaysian will inspect their car regularly, mohon follow dan bantu kami sebarkan maklumat mengenai kempen ini 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *