in

Motor FZ150i Tak Hidup, Lama Tak Start.. Dah Berjaya Repair!


Akhirnya selepas beberapa tahun tersadai, moto FZ150i aku hidup balik. Motor FZ lama aku ni, kalau tengok kat atas jalan.. jarang dah orang nak pakai FZ model lampu bulat (V1). Kat Bangi ni pun maybe aku sorang je yang tinggal. Ramai dah convert ke FZ diamond (V2 keatas). Hahaha.

By the way ceritanya tiba-tiba aku semangat balik nak repair motor aku ni bila mana bulan-bulan puasa ni kan asyik makan jem je. Jadi, repair moto FZ aku ni kiranya in case ada urusan penting boleh la ride motor cilok-cilok time jem kan.

So untuk urusan repair kali ni aku hantar motor FZ lampu bulat aku ni ke sebuah kedai motor yang tak jauh dari rumah aku. Aden Motor, lokasi kedai ni kat Jalan Reko. Betul-betul kat traffic light simpang 3 nak masuk stesen komuter UKM.

Macam mana motor aku yang tak hidup tu boleh sampai ke kedai ni? Haa.. disebabkan aku bagitahu rumah aku tak jauh pun, jadi tokey kedai offer aku untuk staff dia tolong tundakan motor aku tu dari rumah ke kedai dia.

Aku kalau dah orang offer gini.. kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Lagi pun kalau nak panggil towing berbayar, mahal gak weh. Kawan-kawan pulak tak ada yang pakai 4WD. Hohoho.

Kemudian bila motor dah sampai ke kedai, pomen terus la start buat kerja kan. Dia try check bateri dulu, kemudian turun ke fuel pump, pendek kata pomen kata akan start periksa satu per satu dari atas sebabnya motor aku kan dah bertahun tak bawak, maka proses nak troubleshoot untuk tahu kat mana punca masalah tak boleh hidupkan motor tu akan jadi agak lama. Disebabkan itu, owner nasihatkan aku balik je rumah dulu. Sebab katanya tak dapat nak agak bila boleh siap.

Aku setuju je la lagipun aku ada banyak lagi urusan lain nak kena settle. Dan balik ni jugak sekali lagi tokey tu mintak staff dia hantarkan aku balik rumah. Tiba-tiba rasa macam special customer. Hahaha.

Lepas dah balik rumah.. macam biasa la.. tunggu.. tunggu.. dan tunggu. Sampai ada ketikanya, tokey whatsapp 2-3 kali update tentang status motor. Katanya,

“Piston ring dah lekat”

“Kena tukar blok siap piston sekali”

“Sorry bang injector ni saya dah cari semua tak der stok”

Dalam hati aku.. Aduh.. Banyak jugak barang rosak. Tapi disebabkan tak ada option lain selain kena tukar je benda-benda alah tu sebab nak bagi motor hidup. Jadi aku proceed kan aje.

Cumanya untuk injector, aku beli kat Shopee je.. lepas tu aku pergi hantar ke kedai untuk pomen pasangkan.

Dan guess what?

Akhirnya penantian aku untuk motor siap repair, tiba juga. Maka dengan pemasangan injector tu bermakna ia adalah komponen motor yang terakhir rosak sebelum motor aku berjaya dihidupkan.

“Ok bang motor dah siap”

Dapat whatsapp ni daripada tokey buatkan aku tersenyum gembira. Tokey lak bagi video lagi motor dah boleh gerak. Yeahh.. aku akan kembali merempit. Kah. Cumanya bila dah selesai urusan repair motor bagi hidup, lepas ni nak kena tukar mana-mana barang yang dah expired pulak macam tayar, rantai motor, coolant dll. Yang tu nanti dulu la.. boleh usha kedai yang banyak pilihan sikit.

So kos untuk repair motor FZ 150i lampu bulat ni, aku senaraikan kat bawah. Yang mana secara keseluruhannya ialah RM514.66. Mana tahu korang boleh guna sebagai rujukan.

  • Bateri – RM85
  • Fuel pump – RM195
  • Plug – RM10
  • Top gasket – RM35
  • 4T – RM25
  • Oil filter – RM10
  • Full servis / upah – RM85
  • Fuel injector standard set sekali tapak – RM69.66 (beli kat Shopee)

By the way, kedai ni bagus sebab jujur. Awal-awal tadi ada aku cakap tokey whatsapp piston ring dan blok kena tukar kan. Tapi sebenarnya bila motor dah siap, tokey tak tukar pun. Sebabnya dia bagitahu.. dia try tolak elok-elok piston ring tu.. pastu kasi servis cuci elok-elok, nasib baik dua benda alah ni masih boleh digunakan. Piston pun tak ada calar. So guna je dulu mana yang okay. Heee.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *