Nyamuk memang cukup suka dengan Khair, pergi ke mana-mana sekali pun pasti ada yang mengekori.
Tanpa disedari jika terlepas pandang, pasti akan ternampak bintat-bintat di anggota tubuh badannya akibat digigit nyamuk durjana.
Tak tahan dengan perkara ini yang sering berlaku.. Nah, aku belikan Khair mosquito repellent.
Untuk kegunaan luaran sahaja dimana aku perlu spray produk ini pada mana-mana bahagian badan yang terdedah.
Mudah, murah dan sangat-sangat membantu.
Yelah, sekarang kan musim denggi. Takkan nak biarkan saja nyamuk-nyamuk menghisap darah Khair sewenang-wenangnya. Tak sanggup aku berdepan dengan risiko Khair diserang demam denggi. Susah oo nanti.
Bak kata pepatah yang selalu kita dengar la kan, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Haa jadi, tak rugi rasanya aku keluarkan sedikit duit untuk beli barangan yang sebegini.
Nota: Mosquito repellent yang aku beli ni sedap baunya, bau buah limau. Harga pun tak mahal, cuma RM15.80 untuk sebotol kecil.
kedai biasa ada jual ke benda nih?
Supermarket ade la kot. Kedai biasa macam xde je. Melainkan farmasi.
beli kat mane ye?nak beli jugak la..kesian kat budak2 asyik berbintat je..
Penduduk yang tinggal dekat Area Shah Alam patut beli benda ni.. Sebab sekarang ni kes demam Denggi tertinggi datangnya dari Shah Alam..
Wajib ada benda macamni, boleh meragam anak2 kalau tak boleh tidor sebab nyamuk gigit.
tq sharing 🙂
macam best je bro.. beli kat mana ni? kalau tak melekit.. ok lah.. budak2 selesa…
Ni bukan je budak2, orang dewasa pun suka jugak ni kalau guna.
saya tgk anak buah saya, kakak saya pakaikan patch mcm koyok tampal di badan utk elak nyamuk dtg.