in

Mood Kelaut? Blogrrr?


Dua tiga hari ni memang aku blur..Blur tanpa idea-idea baru yang singgah difikiran menyebabkan jari-jemari begitu malas nak menaip.

Buktinya dah 3 hari blog aku dibiarkan bersawang tanpa entri terbaru, sedangkan dalam masa yang sama aku sedang menyertai contest SEO yang tengah hangat sekarang ni.

Deng..habis kelaut ranking aku, nampaknya makin lama makin kebelakang. Kesian kan..Terpaksalah aku doublekan usaha untuk naikkan semula ranking ke kedudukan yang lebih elok sedikit. Hmm..Penat..penat..

Okay, ketepikan dulu tentang contest SEO Eridy, sekarang ada perkara yang lebih penting untuk aku kongsikan kepada korang..iaitu..

14hb Disember 2013 yang bersamaan dengan Sabtu ini, akan berlangsungnya Blogrrr blogger gathering di MIECC, Mines. Ala..tempat sama juga berlangsungnya Big Bad Wolf.

Blogrrr Malaysia's largest blogger gathering

Event besar yang bakal dimasukkan kedalam The Malaysia Book of Records.

Pehhh!!

Disitu nanti pasti ramai blogger-blogger dan tak kurang juga PR yang akan berkeliaran. Jadi bagi siapa yang tak tahu, inilah masa yang sangat sesuai untuk korang menjual brand blog korang sendiri. Jangan lepaskan peluang untuk pergi ke sana dan sediakan name card banyak-banyak, kalau boleh 2-3 kotak untuk dihulurkan pada aweks-aweks.

Disamping dapat mempromosikan blog, akan ada juga perkongsian ilmu daripada speaker-speaker yang terpilih. Nisa Kay salah seorang daripadanya. Untuk info lanjut, korang terjah je dalam laman web diorang di Blogrrr.my dan seelok-eloknya pre-register terus untuk dapatkan sehelai t-shirt percuma (katanya lah..kalau tak dapat jangan marah aku).

Nota: Aku mungkin akan kesana pagi sabtu. So, siapa yang ternampak aku tu silalah tegur ye. Aku kan pemalu orangnya. Huahuahua.

p/s: Tahniah pada yang tercalon untuk Blogrrr award. 🙂


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

20 Comments

Leave a Reply
  1. sayangnya tak dapat pergi… padahal dah buat juga pre-register…
    my family berkumpul kat kampung hari sabtu-ahad nih… takkan kita nak ke event pula… ish~ish~

  2. In Shaa Allah.. Sekiranya tiada sebarang halangan saya juga akan menjejakkan kaki ke Blogrrr.. Diharap kita berjaya mendapat sijil Malaysia Books Of Records… 😉

Leave a Reply to Farisya Anastasyia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *