in

Modern Style Home


Modern style home..Itulah tema pilihan bagi Hafiz dan isteri untuk rumah sendiri yang bakal kitorang duduki. Bersesuaian dengan trend dan aliran masa zaman sekarang, rasanya tak susah bagi Hafiz untuk mencari barang-barang hiasan ataupun perabot yang berlandaskan konsep tersebut. Jika diambil kira barang yang telah sedia ada dirumah sewa sebelum ini pun, kebanyakannya telah pun dibeli berdasarkan konsep modern style.

Kenapa kitorang pilih Modern Style?

modern style home decor

sumber gambar: sheknows.com

Jawapannya mudah sahaja, kerana Hafiz dan isteri lebih gemarkan konsep yang kemas dan ringkas. Lebih-lebih lagi konsep ini tanpa menggunakan campuran warna yang pelbagai. Apa yang perlu Hafiz sesuaikan hanyalah dua atau tiga tona warna yang lembut bagi mendapatkan mood yang mampu menenangkan fikiran tatkala penat balik bekerja.

Dan tidak dilupakan juga satu lagi faktor penyumbang dimana jikalau tiba masanya untuk pergi membeli-belah perabot rumah, Hafiz dan isteri tidak perlu pening-pening memikirkan destinasi mana yang hendak dituju. Cuma cari papan tanda yang menunjukkan ke arah Damansara kemudiannya cari bangunan yang diberi nama IKEA.

p/s: Konsep bali pun ok, cuma tak minat nak letak patung dalam rumah.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

27 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Lizz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge