Modern style home..Itulah tema pilihan bagi Hafiz dan isteri untuk rumah sendiri yang bakal kitorang duduki. Bersesuaian dengan trend dan aliran masa zaman sekarang, rasanya tak susah bagi Hafiz untuk mencari barang-barang hiasan ataupun perabot yang berlandaskan konsep tersebut. Jika diambil kira barang yang telah sedia ada dirumah sewa sebelum ini pun, kebanyakannya telah pun dibeli berdasarkan konsep modern style.
Kenapa kitorang pilih Modern Style?
sumber gambar: sheknows.com
Jawapannya mudah sahaja, kerana Hafiz dan isteri lebih gemarkan konsep yang kemas dan ringkas. Lebih-lebih lagi konsep ini tanpa menggunakan campuran warna yang pelbagai. Apa yang perlu Hafiz sesuaikan hanyalah dua atau tiga tona warna yang lembut bagi mendapatkan mood yang mampu menenangkan fikiran tatkala penat balik bekerja.
Dan tidak dilupakan juga satu lagi faktor penyumbang dimana jikalau tiba masanya untuk pergi membeli-belah perabot rumah, Hafiz dan isteri tidak perlu pening-pening memikirkan destinasi mana yang hendak dituju. Cuma cari papan tanda yang menunjukkan ke arah Damansara kemudiannya cari bangunan yang diberi nama IKEA.
p/s: Konsep bali pun ok, cuma tak minat nak letak patung dalam rumah.
sy nak buat gak design umah mcm ni bro.hehe
Leluasa dan cantik
memang cantik konsep ni, aku pun suka gak…tapi ikea jauhlah….bilalah nak ada ikea kat jb ni..
nak cepat bro bukak sendiri je..franchise kat sana..hehe
saya x lama lagi dapat rumah baru, memang nak buat modern style
dah dalam proses beli rumah jugak ye? tahniah bro. 🙂
tak elok letak patung dalam rumah, rahmat tak masuk katanya . letak luar tak apa, biar kena hujan semua sebab kalau sampai masuk rumah dah macam dia kita agu
betul tu..kalau ikutkan anak patung pun tak boleh.
Mmg simple konsep ni tp mmg menarik dan marveles. Ambe pun suka konsep camni. Kemas dan sodap mata memandang =)
bila simple ni taklah serabut sangat mata memandang kan bro
Style modern memang jadi pilihan golongan muda sekarang nie. Kena dengan jiwa dan nmpak lebih stylo.
setuju dengan bro..zaman dah berubah..konsep pun berubah. 🙂
suka saiz tv yang melekat itu sahaja
oh..bro minat konsep yang macam mana pula?
cantik warna dinding dengan ungu lembut, wallpaper rasanya. kalau ada anak kecik kena bersedia corak terbaru dari anak2….heee
itu kena terima sebagai hasil seni anak2 bro..hehe
Tak sabar nak ada rumah sendiri, ada 3 semester lagi, lepas tu kerja kumpul duit beli rumah 🙂
Dah agak… kalah bab moden tentu orang akan cari IKEA, memang pilihan tepat! hehe
takpe..kejap je tu 3 semester..nanti dah kerja cepat2 beli rumah..jangan beli kereta dulu. 🙂
bestla boleh deko umah sendiri…
eh..bukan rumah sendiri ni..rumah ni hak milik bank punya..hehe
ahhaaaaa… cool laaa kalau modern style… kena rajin2 kemas..
bab kemas2 gua serah pada bini gua je bro..hehe
cantik juga warna ungu tu..
DT suka berkonsep kan ala2 kampung… tapi rumah batu , cemane nk buat ala2 kampung.. heee
kalau rumah batu, DT bleh tampal dengan kayu..hehe
Kalau hendak melihat pengubah suaian moden, IKEA show room boleh dijadikan contoh. 🙂
saya pula memilih teman moden dan minimalis untuk rekaan rumah baru yang bakal saya duduki.
mantab nih desainnya,,,kurang suka warna ungu tapi ungu yang ini oke banget dilihat…