Blogger, mana boleh berpisah dengan gambar. Bila cakap je ada photoshoot, bukan main seronok lagi semua.
Dapat pula bergambar dengan sponsor. Pehh.. masing-masing apa lagi, posing mengalahkan model.
Laki-laki, ada yang pose ala-ala james bond, tak kurang juga ada yang pose ala-ala mak nyah. Gadis-gadis, semua control cun. Dah bajet semacam puteri yang turun dari kayangan. Hahaha.
Aku?
Well, aku je macam biasa. Posing rilek gaya daddy cool.
Kalau ikutkan permintaan, memang photographer nak kan aku pose ala-ala model. Tapi bila difikirkan balik, takut pula nanti susah model-model lain nak cari makan, so better aku menolak cara baik. Gituu. Hahaha. Poyo gila statement.
Anyway, alang-alang bercerita tentang photoshoot. Just nak share something dengan korang. Aktiviti bergambar ini merupakan photoshoot kali pertama yang diadakan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari dimana ianya juga bersempena dengan official collaboration diantara Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Cosmoderm.
Sepatutnya ramai lagi ahli yang hadir, tetapi biasalah.. disebabkan kadang-kadang ada rakan-rakan yang punyai urusan mustahak yang tidak dapat dielakkan, maka kitorang ON je dengan siapa-siapa yang available.
Nota: Untuk makluman, photoshoot ini dijalankan di MyCreativePixel Studio, Setapak. Servis photography disini, memang memuaskan hati. Sekiranya ada diantara korang yang berminat untuk mendapatkan gambar-gambar potrait seperti mana yang telah kitorang shoot. Boleh je deal dengan mereka, pakej semurah RM100 untuk setiap 1 jam sesi bergambar di studio (termasuk photographer). Highly recommended.
p/s: Terasa macam nak buat family potrait pulak.
Apabila blogger berkumpul, sudah tentu ada sahaja perkara menarik yang dapat dikongsikan… 😉
Hensemnyaa……….
Gambar aku….. ha ah aha
Rancak juga kelab blogger Ben Ashaari ye… mcm2 faedah dpt
As Salam.. bestnye group ni…boleh join ke?
Wsalam. Boleh je. Official web KBBA boleh rujuk http://www.kelabbloggerbenashaari.com
Boleh terus tukar la jadi gambar profile dan avatar la yea… hik3x….tapi ada pose yang macam tahan nafas je…. 🙂
Haha..gambar profile & avatar maintain bro. Klasik tu. Ada sentimental value.
Memang cool je blogger wanita bergambar … 🙂
aku rasa hang paling hensem sekali dalam ramai-ramai tu.
haha..
ensem nye abam,,nak sign
Wah, bestnya berkumpul.
Teringin sangat. Bila masa yang sesuai ya.
HerMmmm, Hafiz paling segak pose nya.