in

Say NO to MLM!

MLM penipu

Terbaca 1 topik forum dimana majoriti kat situ sume yang Anti-MLM & anti-Scam. Topik tu khusus untuk pernah tertipu dengan DCHL atau sekarang lebih dikenali dengan nama One Community Worldwide. Tapi dalam ramai2 yang anti-MLM, ade jugak la kaki-MLM.

Ni yang mula nak berjinak dengan dunia “Penipuan” ni la & semangat gile puji MLM yang diorang buat tu betul & tak tipu orang. Aku pun mencelah jugak la dalam komen tu (sebab takyah register, komen je terus forum tu publish). Kat bawah ni komen yang aku post kat sana.

Stop MLM
MLM penipu

“DCHL & OCW bullshit. Orang dari group yang sama. Tolong la jangan terjebak. Banyak lagi bisnes lain bleh buat. Marketing diorang asalnye sama je MLM lain. DCHL contohnya: register & jual produk. Tapi sebab nak dapat PANGKAT cepat, invest seketul trus untuk beli point value & certain pangkat tu..then dapat produk banyak, ajak kawan join.

Kalo kawan join baru leh tolak barang yang ada kat kita tu kepada kawan yang baru join tu. Registration tu berapa ringgit je. Takdenye beribu la, beribu tu sebab kawan yang ajak ko tu dah invest 40k. Barang kat tangan dia banyak, so dah lepas korang register nanti dia bagi la produk yang ada kat dia tu kepada korang. Duit dia amik la.

Kalo takde orang nak join, jadi perkasam la barang tu kat umah. DCHL jual lampe berger, estebel, ed pinoud mahal2 & dah company dah markup kaw2 punya (OCW dengar citer jual barang yang lagi mahal kaw2 punye). ahli yang bawak kawan ni nak bagi laku & orang join bisnes, cakap la bagus & menarik. Promotermane yang jual barang cakap tak bagus kan? even tokey cd cetak rompak wayang pnye pun cakap copy dvd. (company dah jimat duit advertisement, korang kan dah sibuk jadi promoter free diorang)”

Pangkat penipu memang bagi kat geng2 ni. cuba tanya ahli2 yang ada. Ok ke bisnes? OK aje jawapan diorang. Padahal prospect takde, downline takde. Hutang keliling pinggang, ye la invest 40k kan. Pastu yang memang tak keje @ student tu bercerita pegi sini sane takyah g keje la.

Padahal dok umah main fb cari prospect sambil makan megi, kawan dah habis lari sebab tau buat MLM. Invite je orang tak kenal kat FB ajak buat bisnes. Desperate gile. Kalo tak lagi pening la, stock menimbun dalam bilik tak bergerak & nak bayar utang orang lagi.

Yang bernasib baik mule2 dulu plak, dapat cari downline bermegah cakap dapat 10k bulan pertama. Cuba tanya bulan kedua, ketiga & seterusnya berapa diorang dapat. Yang KOSONG pun ade beb. Pkai kredit kad, tunjuk ade masterkad la ape la, tapi yang dah kena block kad kredit berapa ramai (tambah lagi hutang). Ade jugak yang beli kete mahal2 kena tarik balik (kalo aku malu weh).

Downline bagitahu ada masalah, cakap tak boleh nak commit hari-hari sebab tak cukup masa. Disuruhnya kawan tu berhenti keje. Hutang keliling pinggang ni. Biase bayar pinjaman bank pakai gaji bulan-bulan, takde prospek la katakan. Bila kawan tu berhenti keje, dapat la penyakit pening kepala nak bayar pinjaman. Sebab tak leh buat sale. Kawan dah memang lari, orang yang jumpa kat FB pun taknak join.

Last-last tak tahan ngan upline, sebab asyik pressure suruh cari prospect. Balik kampung, quit MLM & cari kerja balik. Contact balik “kawan” yang satu ketika dulu tak dianggap kawan sebab tak bagi pinjam duit untuk invest, tanya diorang ade kerja kosong ke tak.

Hadiah Grandprize: Dapat pengalaman kena tipu. Kawan berkurang, hutang menimbun. Produk buat hiasan umah, bagi free kat orang. Yeaaa.

P/S: Ahli yang baru join & nak tegakkan benang yang basah tu tak payah sembang kuat lah. Tak lama lagi dapat la hadiah tu.

Bisnes yang bagus: With simple advertisement, customer akan cari kita. Bukan kita cari customer


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

59 Comments

Leave a Reply
  1. aku rasa sungguh bersimpati dgn pengalam kamu wahai manusia,aku ada cadangan la..apa kata ko buat appointment jumpa pakar psykiatrik. Kalau la perjuangn kamu itu benar, mengapa x fight ja ngan government haramkn MLM di Malaysia?

    • Jangan la berfikiran cetek sangat wahai manusia..kalau kilang arak pun belum diharamkan inikan MLM nak diharamkan. Perjuangan aku melalui blog ni untuk secara tak langsung membuka mata orang yang bakal ditipu oleh golongan penipu MLM. Masa duit tengah masuk banyak ok la..bila dah rugi mula la masing2 sedar perbuatan masing2.

      • ak sokong bebenor kamu hafizrahim…. ak ni antara ahli gerakan bawah tanah menentang pergerakan MLM babi ni… ak sentiasa menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan dlm gerakan diorg ni… segala selok belok, soalan2, dan piutar belit diorg aku da kaji dan berpengalaman dgn depan2 muka haramjadah babi2 itu… dkat 5 tahun ak meneliti selok belok diorg ni.. dan skarang skali lg aku terjebak dalam menyiasat pergerakan diorg… dlu lampe beger, pastu tukar product brand lain, pastu pnh skali x yh jual product, guna kn concept santai, berhibur, guna nama fren club, famili club, star club dan pelbagai club2 babi sundal ni… da syap lama sbb kne serbu polis suatu ketika dlu.. kini diorg muncul semula dgn brand baru, one community plak… system sama je, istilah2 yg di guna kn sama je… klu skg ni lebih bagus dari yg dlu, x yh la guna system yg sama, istilah, pangkat2 yg sama.. guna la yg lain bro… tu la beza ny org bersekolah tinggi dgn yg melarang bdk2 supaya xyh blaja tinggi, masuk bnda haram ni je da bleh kaya… tgk, fikiran putar belit ank2 babi tu….

  2. betul tu!penipu je ocw ni…my frend bru last week kne maki2 dgn bd2 ni tau..sb xmau join..dah la menipu bagai kata nak ajak kluar bjalan…ish2..kalau desprate sgt pun..xpayah la nak menipu2 bagai..

  3. aku xjoin pun ocw ni..tp aku mau tanye la..kenapa kate menipu..aku xnampak sebarang penipuan disini..aku x rase bisnes ni menipu..cume orang yang buat bisnes tu je yang menipu..so dapat org yang menipu..hasilnya tertipu la..

  4. Assalamualaikum..aq pernah join bnda ni..1st day,kwn aq ajak jmpa,men bowling..seramai 300 owg..2nd day,dtg wat treatment..pas tu minx byr rm250..aq pown byr..dah 6x wat treatment..dyowg ckp ada bisnes..dyowg antar aq g ecamp lah..1 bc lah..last,nk nek pgkt,dyowg pksa aq dpt an modal rm3500 lam satu hari..macam sial..pas tu hina aq mcm2..ktnya,tnpa owg len,dyowg akan ke depn..wei,law ko treat customer ko cmtu,mmg LINGKUP r..nk2 MLM…Masuk Lalu Mampus

    • Pengalaman aku plak asyik di ajak p menara HLA tu. Segitiga Emas katanya. Kena bayar 250 tu satu hal,pun ak taknak bayar. Pastu pusing sampai ak apply loan. Bagusnya loan ak tak lulus. Start situ ak nampak bebudak yg join (cikgu skolah) approve loan 40k. Disanjung2. Muka2 cikgu sekolah tu happy. Tapi tu tahun 2014. Pastu ak terus tarik diri. Sekarang ak tak tahu muka cikgu sekolah tu camne. Masih happy ke dak.

  5. salam…pada pendapat aku la kan..kita xboleh nk salahkan sesuatu biz tu..kite diberi akal fikiran..selidik la seblum nak join sesuatu biz tu..latar belakang company..product..marketing plan..education..n culture..kalo korg masuk xberjaya..korang nk salahkn biz tu plak..cuba tgk diri sndiri mane silapnya..muhasabah diri balik..bukan je dlm biz dlm smua aspek..klu korg nak ckp biz tu xleyh buat, tipu ke ape ke..asal company tu ade lg?kat segi tiga emas lg..ramai jer yang boleh berjaya. ikut la macam mana usaha korg…

    • woi bangau… org cerdik pon boleh tertipu taw dengan strategy penipuan bijak kaki2 MLM ni. tu bahayanya mendekati budak2 MLM , sekali dia bukak mulut. kita yg anti-MLM ni pun tetiba terpukau… mintak jauhkan la dari mereka, aku harap tidak ada kaki2 MLM disekeliling aku

  6. tgk semalam berapa ramai budak2x ipt yg join. Mak ai. Bila cakap siap sindir2x lagi. Degree pun x abis lg nak berlagak konon mereka dah temui keje idaman. malu ooo.. Budak upm byk. Uitm. Ukm. . Apa kejadahnya kena stay dari 8.30 mlm smpai 12 mlm tu. Ini belum Termasuk aktiviti lps tu yg buang masa. Semua kaki tipu. Kalau nak ajak buat bisness call bgtau produk ajak jumpala.. Ini semua mau tipu.. Semuamau berlagak eh ak beli gucci 1 set tau.. Ko tak join ak tak kesah. My life is my life ur life is ur life.. Apa ini.

    Kalau bisnes start dgn menipu markup price mcm org gila. Gerenti tipu. mesin bapak murah jual dgn harga x masuk akal.. Benda sama je dgn al jabbar tp at least al jabbar 3 kali lebih murah.. Siap ada satu agent tu kata eh xkan x rasa apa2x duduk kat dlm bilik harga 2 juta oooo.. Bodoh betul. Harga mesin tu dahla bapak murah.. Yg lain tu cos byr kete bentley ceo kaki propa ocw n dchl ni.

    Siap hina2x lagi kita2x yg ada keje tetap ni sbb x dpt spend time dgn mereka.. Perempuan tu. . Aku naik angin trus blah. Bai. Siapa x nak sihat kan. Tp bukan semua nak duit. U ada duit byk pun kalau sakit x guna juga. Ada u jumpa doktor nak check u kemudian suruh register beli benda mahal2x? Kita jumpa doktor nak buat pemeriksaan nak tau kesihatan kita bukan nak jd downline apa2x produk. Y nak paksa2x. bodoh la melayu2x ni.. Siap ada yg degree bgs2x pun join.. Lari dari JPA pulak tu pastu buka kompeni mlm. . Ingat bukak ape ke..

    • aku pernah la terjebak dgr talk leader2 dorang ni .. tu pun sbb mmbr aku da tipu .. yg aku panas n x puas hati .. MC jemput yg kononnya bdk2 umur 20an ni da mampu jana pendapatn sebln 5 angka .masa dia speech x abis2 kutuk org keje gomen .. siap ckp mak bapa dia x bagi keje gomen sbb x leh senang .. nak hidup boleh la .. mak bapa dia cikgu .. ehh kalau nak reka cerita pun agak2 la .. kalau bkn pasal mak bapa ko .. x de nya lahirnya seorng doktor, lawyer and pemimpin hari ni .. cara dorang ckp mcm semua org kena berhenti bekerja join dorang …. mcm kerja dorang la paling mulia .. kalau one day perompak masuk rumah ko .. ko p balai x de polis bertugas .. nnti aku jawabkan .. dorang semua lanak berjaya mcm ko .. byk g aku nak taip tapi setakat ni je

  7. Baru je terkena beberapa hari lepas, sebelum CNY. baru terasa nak join sebab entah macam kena brainswash. Baru e 2 hari buat treatment, diorang dah desak isi borang book voucher rm 250 yang kononnya dapat 16 kali treatment. Then sy cakap kat diorang sy tak ada duit lagi, but push lagi. Semalam mesej sy katanya dah beli voucher tu. Eh, sy tak cakap pape pun lagi. Nasib baik hati terasa macam nak gugel benda elife ni, ingatkan treatment semata mata, rupanya ada benda yang meragukan. Nasib baik gugel and cerita balik dekat parents. Sekarang ni diorang tengah bengang dengan sy. Dah ler tak pernah tegur pun sebelum ni, tetibe tegur macam dah lama kenal. Dekat rumah, ada 2 orang yang join. And diorang tengah psiko sy sebab degil. pergh rasa macam tak selamat

  8. Hee memang dasar penipu! Alhamdulillah sangat sangat sebab tak terjebak dengan benda alah ni. Senior tempat keje tetiba je jadi baik semacam ngan aku. Ajak keluar makan siap berpayung bagai. Ajak pegi ade event2 siap belikan tiket. ( nasib baik aku demam so aku tolak even aku taktau lagi pasal bisnes tu).

    Pastu one day, die ajak kuar makan. Malam tu baru la die cakap nak bagi peluang yg orang lain tak dapat. Die pilih aku as bisnes partner. Kire insan tepilih la ni. Hak tuiiii. Aku angguk je la. Dlam hati agak da ni sure mlm. Esoknye pegi la menara hla tu.
    Pastu memang kene brainwash kau2 ngan senior member die. Ade bende betul tapi yg lebihnye goreng je. Dok bangge dengan pen yg aku pegang tu 1k lebih. Ade aku k

  9. ada satu bisnes mlm dari singapore .byr rm2500 dia bagi pil kurus badan,up line bawa down line pergi pasar beli sayur dan brg makan boleh kurus badan,up line dapat komisen 35% selebihnye company penipu tu sapu,dgn modal pil dari tepung gandum dan katalog senarai brg makanan yang down line kene diet, company cina ni modal dia laptop ,printer,katalog,banner,pil dan air liur,mudah kan?down line byk orang melayu ,cina dan india yang kuat menterdarah. mlm tu kira cam kita beli barang mahal kat mlm, kita kene byr cash. duit kita, company dan upline dh sapu dulu, cari down line belum tentu dapat,nak jual barang belum tentu laku, kalu tak laku company dan up line ketawa kan la kita, nak jual brg tak laku tu pada company mlm tu balik pada harga sama ? dia orang ketawa lg, dia suruh guna duit kita beli produck mahal mlm ntah kat mana kilang dia oder ,harga dia tetap kan, kongsi meniaga apa tu? ko lingkup ,up line dan manager ketawa kan ko la, dia kata kau malas lah ,tk reti bisnes la,padahal pruduck mlm dh jatuh market.

  10. Salam,

    Sy br th mengenai elife, ocw. Hakikatnya bkn sy yg terjebak. Tp boipren. Seorg pelajar ipt. Ntah dr mn dia tahu psl benda ni pon xtahu. Perangai mula berubah..takde menghubungi saya selama seminggu..tup2 hr ni telefon minta pinjam wang 3k n cerita tujuan nk pnjm. Sy dh syaksesuatu yg tak kena..bila sy x bg, dia hmbur kata mcm2..Astagfirullahallazim hebatnya penangan elife ni…sampai saat ini sy berusaha memujuk dia..sy suapkan dgn review2 mengenai elife ni..harapnya dia dpt bt keputusan yg baik..smg Allah melindungi hamba-HambaNYA yg beriman..amin

    • salam sis..keadaan sy pun sama..DIA termkn dgn kata2 kwn serumah dia..pandai hembur kata nk break sbb x bg modal kat dia..paling parah DIA menipuu sy..kata dia terlibat kemalangan..minta pinjam 3k..lepas dua minggu minta pulak 30k utk meniaga..mula x sedap hati..tegnok ttng elife nie..mmg sah dia menipu..sampai sekarang x mau ngaku..siap sumpah pun still menipuu..yg aku benci kwn dia..penghasut..nmpk alim tapi diallah yg ajar menipu tuuu..tinggal sekali…

  11. mlm….. huhu…
    katanya pro mlm.. mlm itu melayu lambat masuk..
    sedangkan melayu libas melayu…
    cari orang dapat duit.. bisnes menda tu…
    apa hukum tipu org?
    fikir la sendiri…

  12. MLM itu hanya salah satu dari kaedah pemasaran.

    By the way, aku pun dah pernah kena ajak pergi ke tempat One Community tu. Karut + Auta je lebih. Student yang baru nak kenal dunia je yang ramai kat sana tu.

    Kalau nak buat MLM jugak, konon betul-betul minat, start dengan yang modal rendah. Bila experience dah ada, mula buat yang high ticket business. Itu pun kalau betul minat la.

    Kalau yang modal rendah pun tak boleh nak bawak bisnes tu pegi jauh, nak terus buat yang modal tinggi macam ni… memang cari penyakit la

  13. orang komen negatif mengenai mlm ni yang ramai buat riot, kenaikan barang etc……sendiri yang salah, tak nak usaha memperbaiki financial sendiri…

  14. kalau rasa ada degree, tapi gaji macam diploma, nape nak bising? ingat harga barang terus naik, kita kena buat something, otherwise, jadi bakal golongan miskin tegar tahun 2020, or after gst.

    • Buat something bukan semestinya dengan MLM..banyak cara lagi yang tersedia..kebanyakan orang yang join MLM akan cuba manipulate rakan2 untuk join, dengan ayat bagaikan MLM adalah penyelamat segala2nya.

  15. awal bulan 2 diperkenalkan dengan dchl..patutla kenalan saya bersungguh-sungguh ajak join trip kawan-kawan dia.yang join pulak semuanya friendly belaka.rupa-rupanya nak bentang marketing plan and so on..

  16. salam all..

    sy mmg biz partner di bwh DCHL Group atau RZ Corp Sdn.Bhd (AJL931127) bleh check kat website KPDNKK..sepanjang setahun lebih sy buat biz ni alhamdulillah smua telus n jujur..sbb company dpt Keris Honesty Award Enterprise di peringkat Asia Pacific..masuk paper lg bersama2 company2 yg diiktiraf..rmai yg nk tiru marketing plan Dchl sbb terbaik ant yg lain..termasuk One community,Family Club,dll club tu…DCHL only satu2 nya company xde club2 bwh dia..yg tu smua penipu…so sblm berckp siasat dulu yer..TQ..jgn lupa msuk website KPDNKK baca halatuju yg kerajaan keluarkn utk MLM…

    Bercakap senang tp jgn sampai jd fitnah..:-)

  17. Sememangnya bg anda yg baru dalam DCHL ini anda akan dijanjikan dengan kemewahan2 yang anda impikan… memang betul ada yang boleh buat duit TETAPI RAMAI YANG TERLINGKUP. “AWAS” sy nasihatkan anda jauhkan diri dari MLM ini kerana taktik yang digunakan cukup licik. sy akan terangkan satu persatu:

    1. Apabila seseorang memperkenalkan anda kpd. business ini, anda adalah Prospek (P). Anda akan dibawa minum @ sembang2 ditelefon. Anda akan dipancing dengan ayat “Adalah.. kalau ko free nnti jumpa aku”.

    2. Semasa anda berbincang, sebenarnya anda sedang dikaji oleh “BRIDGE”
    (rakan anda @ org. yg perkenalkan business nie) mereka akan melengkapkan borang HD anda. Perbincangan biasanya akan berkisar kpd:
    -family background, hobbies, characteristic anda, impian anda, konsep MLM yg anda tahu, keadaan pekerjaan anda sekarang, keadaan kewangan anda sekarang…

    “SEMUA PERBINCANGAN INI DILAKUKAN SECARA SPONTAN TANPA ANDA SEDARI”

    3. Apabila anda bersetuju berjumpa dengan “Bridge” anda, mereka akan mengaturkan jalan untuk lentokkan anda. Borang HD anda TELAH DIEDARKAN KEPADA AHLI2 DCHL yg berada disitu untuk merekan “SHARRING” dengan anda. Kononnya mengapa mereka buat business DCHL nie..MEREKA AKAN MEMBAWA ANDA SHARRING DENGAN ORANG YG PALING HAMPIR PEKERJAANNYA @ PENGALAMANNYA DENGAN ANDA. Contohnya, sekiranya anda guru, mereka akan bawa anda untuk sharring dgn. guru.

    4.Kalau anda perhatikan partner2 lain sebenarnya sedang memerhatikan anda dari jauh. Setiap sorang akan sharring dengan anda sampai tengah malam..

    5. Anda akan dibawa utk ABP -ADVISOR, BRIDGE, PROSPEK

    6. Anda akan dibawa utk ABP- ADVISOR, BRIDGE, PROSPEK dimana mereka akan memanggil rakan mereka yang lebih senior untuk memberi penjelasan kepada anda. (mereka akan TIP-UP advisor anda, macam2lh dia ckp yg advisor ni powerlh, susah nk jumpalh, anda beruntunglh, dr kl lh & mcm2 lg), BRIDGE adalah rakan anda dan anda adalah PROSPEK (anak ikan yg akan digoreng mereka)..

    7.Advisor anda akan berpura2 tanyakan soalan pd anda (padahal mereka semua dh tau pasal anda melalui borang HD) – itulah kekuatannya.

    8.Advisor akan bercerita pungpang10x… (Anda perhatikan yg “BRIDGE” akan MENGIAKAN apa yg Advisor kata) mereka akan berkata “BETUL-BETUL-BETUL” dan menganggukkan kepala mereka tanda setuju.. (sebenarnya itu hanyalah lakonan sahaja)

    9.Advisor akan terangkan business plan bermula dgn plan FRANCHAISE, BARON, COUNT.. untuk permulaan mereka akan perkenalkan anda dengan plan FRANCHAISE dimana untuk menjadi ahli bayaran dikenakan cuma serendah RM2345 sahaja.

    10.Selepas anda bersetuju menjadi ahli, perancangan ke-2 mereka adalah untuk buat speed plan untuk anda.. (COUNT plan).. anda akan diminta melabur sebanyak RM36000 untuk mendapatkan 45000PV. disini ramai antara kita membuat LOAN kerana tertarik dengan cerita2 mereka. Rakan yg lain akan SHARRING sampai anda berminat.. anda akan rasa di-push…

    11. Selepas anda melabur, anda akan dpt produk yg bernilai rm45000, anda simpanlah stok tu dkt rumah anda kerana Lampe Berger nie dh tepu dkt Malaysia. Bridge anda sedikit demi sedikit akan menjauhkan diri dari anda, alasannya nk jaga partner baru…

    Memang benar byk event2 yg dibuat oleh DCHL, tetapi hanya org2 didalam DCHL sahaja yg tau mengapa ianya diadakan.. SebenarNya pelabur seperti anda terpaksa buat kerana bebanan hutang.. yg kaya DCHL…

    *SEBARKAN INI UNTUK MENYELAMATKAN KAWAN-KAWAN KITA SEBELUM MEREKA MENJADI MANGSA.
    **Kepada DCHLer, adakah perbuatan ini bermoral dan dibenarkan Islam sedangkan korang melabel diri korang ushawan beretika. Tepuk dada tanya selera.

    • Saya juga didekaiti oleh MQ yang dah lama dalam DCHL ni, saya sekarang sedang mencari sebab kenapa jangan menceburkan diri dalam bidang MLM ini. Kerana sepanjang seminar yang diadakan, saya hampir bersetuju dengan segala janji-janji manis yang ditawarkan.

    • bro , ada cadangan tak especially mcm saya yang dah terbuat loan . berpuluh puluh ribu nie? saya buat loan. lepas buat loan saya rasa lain. seminggu sy diam. sy pikir dan so far sy tak penah keluar dgn orang sebab saya tak sanggup. dan terasa terbeban dgn hutang. saya nak refund walaupon tak banyak sy tetap nak refund dan bayar balik hutang kat bank. cuma sy tatau camne caranya.

    • Penerangan yang jelas dan tepat. Sy pernah terjebak tapi alhamdulillah sedar cepat even dah belanja almost rm2k hanya utk beli produk2 mereka. Sgt bersyukur sebab saya mula sedar sebelum berhutang dgn lebih banyak lagi… Tapi yg paling saya kesalkan, kawan saya sendiri yg menipu saya, then ajar saya pulak cara nak menipu kawan2 lain…

  18. abg2 kakak2 yg rasa pandai sngt tu..da kata biz ni menipu ambil no ajl company ni pergilah biat report,klu betul sngt menipu,apa ke bangang duk citer dlm ni je..duk ckp tipu2 klu company ni buat krja betul tidakkah fitnah n berdosa kamu? tp bg aq la,klu company ni menipu knp lama sngr bertahan xkan la polis bg je depa menipu org,company dekat menara HLA tu je,xkan polis xtangkap..? satu lagi,cek dulu sbelum berkata2,mmg ada kes penipuan yg terjadi sbelum ni tp bukan company yg tipu manusia yg tamakkan duit ni yg tipu..sebelum nak ckp biz org tipu selidik byk2 dulu sbelum berkata ok..klu xtau apa2 baik diam…kpd hafiz ni pulak,hang knp nak brukkan DCHL? nama hang kena terminated dgn company erk sbb nak menipu..lpas tu ckp company yg tipu ya? wallahualam

  19. boleh pulak sabitkan kilang arak dgn biz mlm ni…nmpak sgt mentality kurang…biasa la masing2 nak menang..!! korang kat sini semua tau pasal french club,one team,sny,lamp berger bagai n tau pulak diaorg kena tangkap kan habis tu knp ckp biz ni pulak menipu? group2 yg korang citer tu lah penipu..penipu company n jatuhkn company n company sendiri yg buat report polis sruh pergi tangkap diaorg tu sbb salah.gunakan nama n produk company…klu company ni mnipu buat apa dia sruh polis p tangkap club2 yg trcipta bawah dia ni? company telah sediakn satu m/plan n pluang biz yg hebat bg sy utk sy buat biz..abg2 kkak2 klu berjaya buat biz ni jgn salahkn company tp salahkn dri anda sbb anda yg xbrusaha betul…ermmm..pening dgn pemikiran org skrg..tlong jgn tutup periuk nasi org berdosa besar bang…sy buat biz ni dgn rela hati n faham jln kerja,klu sy ggal sekalipun sy xkan pernah slahkn company tp sy akan slahkan dri sy…cari ilmu bg bnyk dlu sbelum nak band biz org bang…company da dapat title holding limited kot,klu abg org bijak pandai abg tau apa maksud tu…ermmm

  20. sowry..aq da lama dalam ni,kesian kau nak cari duit suruh org baca blog kau sampai sanggup jatuhkan nama company org…malu jadi kau

    • Hahaha. Dah lama ek. Ok. Good luck sekali lagi. Semoga bertahan lebih lama. Xperlu malu sampaikan perkara benar. Atas pengalaman aku sendiri. Bukan cerita dari mulut ke mulut.

      • Manusia dengar dari manusia lain dan manusia itu juga dengar dari manusia lain. Dan seterusnya. Tapi padahal tidak pernah mencuba. Bercakap membabi buta. Cerita tentang konsep pun dah salah.

  21. Assalamualaikum dan salam sejahtera…

    Pada pandangan aku la…elok la cari keje lain dr melibatkan diri dengan MLM..Biar kite bermula dari bawah…ade modal berniaga kecil-kecilan…ker.

  22. Assalamualaikum, salam maghrib, haha..

    beginilah, MLM ni sebenarnya sistem marketing, ada MLM betul ada yang tipu, contoh MLM betul tak salah saya, company insurans, coway dan lain2,, contoh tipu Hai-O, Mc Ocean, Double Stem Cell, yang baru ni kawan saya info ada MLM yang kononnya untuk charity,, macam2 penipuan..

    ok nak kenal MLM tipu ni senang je, sebelum join kena check;
    1) stuktur bisnes = jual produk ke jual keahlian (kalau jual keahlian=lingkup)
    2) produk tu overprice ke tak, dan produk tu betul ke berguna,

    check dekat internet je senang, baca forum tengok komen orang, kena baca forum yang ramai orang komen, baru senang detect, sebab takut tak telus..

    even sistem pelaburan ETA emas yang popular tu pun MLM sebenarnya, emas tu sebagai nak kabur mata kita je,, kalau betul nak tau sistem penipuan dia macam mana ( basic dia google dan baca ‘ponzi scheme’),,

    yang mana rasa dah join dan rugi, takpalah biar kita rugi sorang, jangan jerat orang lain,, yang dah join MLM tipu dan dah untung ataupun millionaire, bertaubatlah,,hehe, memang tak berkat,, rujuk Ustaz Zaharudin,, memang ada garis panduan dari JAKIM

    ironinya, selalu kes2 macam ni yang tahu bisnes tu betul2 penipuan adalah orang yang atas sekali dalam piramid, so yang dah bawah 2,3 level tu pun dah kena ‘brainwash’. Kalau ustad2, profesor yang masuk dduk kat tengah2 tu pun dah kena ‘brainwash’, diorang percaya bisnes tu legit, sebab kena ‘putar’ dengan orang atasssss sekali.

    sumber aku? ‘buku-buku perniagaan, internet, forum, adik-beradik, kawan2, mentor bisnes aku, dan pengalaman aku .

    “Semua orang buat silap, takpa, tak salah mengaku kesilapan, orang yang mengaku silap dan belajar dari kesilapan tu yang selalu berjaya” ,-mentor aku

    Terima Kasih

  23. Alhamdulillah subject network marketing dah mula diperkenalkn di peringkat pengajian tinggi..nk buat MLM pasni siap kena interview lg tgk cert..all the best smua..smua benda dlm dunia ni berkonsepkan pyramid..klau bekerja adakah kita berpeluang utk duduk plg atas sm2 kaya dgn bos..xkan betul tak..so do the best decision.

  24. sy start anti dchl bile die sruh sy tipu 10 org kwn2 sy utk dapatkn duit rm1000 dlm mse 3 ari pdhal modal rm80 je. n then bile sy ckp sy xnk msuk die boleh sindir2 sy n then ckp blom tntu Dato’ nk kwin ngan kau! mcm sial kan ? sy tgk kwn sy yg join dchl ni still jgk pkai moto buruk wlaupon da join dchl ni da lme. seriously,sy mmg anti giler dgn MLM x ksah la dchl ke ape.nk kaya bknnye dgn menipu org tp dgn usaha n titik peluh sndiri.baru nampak hasil die !

  25. hai..nak share jugak pasal mlm ni..skg ni aku sdg di pujuk oleh mmber..utk join biz..bile aku tnyr biz ape..die cam x nk cite..tp asek laa tnyr..ape idaman aku la..x nk ke balas jasa org tua la..x nk ke shopping kat pv la..sume bebual benda yg hebat..dan tiap2 ari akan wasap and bg kata2 motivasi..eee lemas..and terbaru ni die nk jmpe kan aku dgn mmber die utk dengar pasal biz…hahah aku rase la ni msti nk soh aku labor duit ribu riban utk biz yg xtau ujung pangkal..nasib baik jumpe bnde alah ni..so aku x la terjebak dgn bende2 laro ni… tq en hafizrahin

    • Modue operandi MLM ni lebih kurang je. Tanya pasal personal matter, masalah keluarga untuk dijadikan bullet masa nak close prospect nanti. Senang citer, cakap je kat kawan tu.. kata “Aku makin lama makin nyampah dengan ko, tak habis-habis nak push orang join MLM yang entah apa2”.. Ok tak ayat tu? hahaha

  26. Intersesting topic.. saya ada kenal satu mamat ni. Dia ni jenis berat mulut. Tetiba last few weeks dia gigih je contact aku ngan bini aku. Dia ajak aku pegi men boling, aku cakap xde masa. Hehari dia wassap aku.. jadi aku dan wife aku pon malu laasyik menolak je…then diajaknya pi even karok plus makan makan… habis makan ade la abang professor usm katenyer, dalam perancangan benti kerja sebab nak wat benda ni.. kul 6 pagi esok balik ke utara.. dia pun mulai pung pang cakap alangkah bagus kalau keluar malam malam sambil have fun dapat duit.. dia nak con aku la tu.. member aku tadi skrip dia betul , betul , betul…
    Aku cakap dalam ati, aku dah lama idup lat KL ni, tk yah la…masa aku jadi student aku hampir join mlm lampe berger .. ni ko sembang ngan aku.. memang silap la.. aku pon mengiyakan aje la.. wife aku pon senyum senyum sebab dulu dia pon penah nak dijerat geng Meniaga Larut Malam ni.. atas dasar mengantuk dan nak tengok Champions League…aku cakap iye aku akan datang lagi…

    Sampai skang aku tak datang. Si mamat member aku macam biasa jenis berat mulut, yg lebih si bini dia la.. so atas dasar sayabgkan persahabatan aku x join…

  27. Mmbongak je semue ni..hati2 dgn company Mc Ocean. .sedang giat kincin org. .gua pon nyaris2 nk kne kincin dengan spupu gua sendiri

  28. Assalamualaikum kepada semua..Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu atau pengetahuan akan apakah MLM itu..sebab dan tujuan saya adalah untuk merapatkan hubungan antara kita sesama islam dan bukan mungkin ada yang bukan islam supaya tidak terjadi nya fitnah dan terjadi nya putus sesebuah hubungan antara rakan-rakan dan kita semua.Disini mungkin ada diantara kita semua ada yang kurang faham akan MLM itu sendiri. Persoalan yang sering menjadi pertanyaan ramai golongan2 masyarakat ialah APAKAH MLM ITU?? BENARKAH MLM ITU??

    (Multi-Level Marketing) atau lebih dikenali sebagai MLM adalah sebuah konsep dan sistem dalam perniagaan yang digunakan diseluruh dunia.Secara am nya konsep dan sistem MLM ini adalah perkara asas untuk memulakan perniagaan..Konsep dan sistem MLM ini digunakan oleh kebanyakan syarikat-syarikat yang ada masa kini adalah untuk tujuan memperkembangkan perniagaan mereka dan memperluaskan perniagaan mereka..Ramai masyarakat-masyarakat kini di malaysia kurang faham dan salah anggap akan MLM ini..Terdapat pecahan-pecahan di dalam sistem perniagaan MLM..Sistem perniagaan MLM yang sering digunakan dan menjadi perkara yang dipersoalkan oleh ramai pihak adalah berkonsep kan rangkaian yang dikenali sebagai (Network Marketing ) yang dimana Network Marketing adalah cara pemasaran sesebuah product secara rangkaian dengan memberi peluang kepada individu-individu luar yang berminat dalam perniagaan untuk memulakan perniagaan mereka dengan menjadi sebagai ahli pengedar atau distributor syarikat untuk mengedar produk-produk syarikat tersebut kepada individu yang lain..Setiap ahli pengedar(Distributor) sesebuah syarikat itu akan mendapat faedah-faedah yang ditetap oleh syarikat dari setiap produk yang mereka jual dan ahli pengedar(Distributor) juga boleh mencari rakan niaga yang berminat untuk menjalakan perniagaan syarikat itu bagi memperkembang pengedaran produk syarikat itu dengan lebih meluas..Sistem MLM ini mampu meningkat kan hasil dan memperluaskan produk perniagaan sesebuah syarikat itu dan memberi peluang kepada individu yang berminat dlm perniagaan untuk memulakan perniagaan mereka dan dapat dijadi kan platform untuk mereka membuka sebuah syarikat perniagaan mereka sendiri..Sistem MLM sering disalah ertikan dengan satu sistem perniagaan yang salah ia itu Sistem Piramid yang dikenali sebagai sistem Pyramid Scheme..Terdapat sedikit perbezaan diantara dua sistem ini..Sistem Piramid ini adalah sistem yang digubah pakai dari sistem MLM oleh individu-individu dan syarikat perniagaan yang tidak bertanggung jawab bagi mengaut keuntung dengan cepat dan mengambil hasil dari keuntungan ahli pengedar dengan cara memperdaya ahli pengedar (Distributor ). Perbezaan yang dapat dilihat antara MLM dan Piramid adalah dari faedah kerana setiap individu yang mahu menjalankan perniagaan mereka dengan mengedar produk sesebuah syarikat perlu membayar modal yang ditetapkan oleh syarikat untuk mendapatkan produk dan keahlian pengedar syarikat. R.O.I ialah istilah bagi Return OF Income peratus hasil jualan atau faedah yang ditetap kan oleh syarikat bagi ahli pengedar untuk setiap modal,hasil pengedaran dan rangkaian mereka..R.O.I bagi sistem piramid berunsurkan riba dan memperdaya mengambil hasil dari usaha keras individu lain tidak mengikut undang-undang ditetapkan dan haram disisi agama islam terdapat segelintir syarikat yang menggunakan sistem piramid ini bagi mengaut keuntungan dengan cepat untuk menutup cara perniagaan syarikat ialah dengan memperdaya orang ramai dan lembaga kerajaan bahawa meraka menggunakan sistem MLM kerana sistem Piramid dan MLM hampir serupa..R.O.I bagi sistem MLM untuk ahli pengedar mereka adalah berbentuk adil dan tetap diluluskan oleh kerajaan malaysia disini setiap faedah yang diberi kepada ahli pengedar adalah sama mengikut hasil pengedaran(jualan) dan rangkaian meraka..Jika ada diantara yang terlibat dlm perniagaan anda harus faham akan cara sistem dan konsep perniagaan..Bagi sesiapa yang baru dalam apa pun perniagaan yang anda ceburi..Anda harus lah belajar akan apa perniagaan yg anda lakukan dan sentiasa beruasaha dalam apa yang anda lakukan dan suadara2 islam saya jangan lah lupa kita untuk berdoa meminta dari yang maha esa jangan tak solat insyaallah anda mesti akan berjaya jikalau anda berusaha dan tidak berputus asa..Untuk yang mempunyai minat dalam perniagaan nak mencari memulakan perniagaan anda harus lah terlebih dahulu selidik tentang syarikat atau mungkin anda buat perniagaan sendiri buka sebuah syarikat sendiri kenalah tahu dan belajar jalan dan cara menjalakan perniagaan anda..Disini jangan lah kita memburuk-burukkan perniagaan orang lain tanpa kita tahu kesahihan nya kerana ini boleh membawa kepada fitnah jikalau mereka salah sekali pun tidak perlu lah kita membuka aib mereka terdapat banyak cara boleh kita lakukan jikalau ada yang melakukan penipuan dlm perniagaan mereka dan contoh yang paling mudah kita lapor kan kepada pihak berkuasa..Mungkin di antara kenalan-kenalan anda menjalankan perniagaan yang betul cuba untuk membantu anda atau ingin kan bantuan anda dalam perniagaan mereka jangan lah kita membuka aib manusia lain sekali kita membuka aib orang lain dibalas dengan sepuluh aib kita ALLAH akan tunjuk kan kepada orang lain.Jika ada kenalan ada yang mengajak anda membuat perniagaan dan anda tidak berminat tidak perlu lah anda menceritakan tentang nya di orang lain dan menyebabkan putus hubungan antara sesama islam akan sebab yang kecil itu.Anda boleh menolak pelawaan itu secara elok dan berbincang..Dalam apa pun jua kita lakukan gagal atau berjaya semua nya terletak di diri kita sendiri jangan lah kita mencari alasan atas kegagalan kita..saya disini hanya sekadar ingin berkongsi atas rasa prihatin saya kepada semua manusia dan saudara-saudara islam saya.

  29. aku simpati dgn ko… sama mcm aku jgk… kwn kg. aku lagi aku kena… mana la kite expect kwn kg nk kencing kite… bile die kata die nk pakai duit aku bagila…. lani 3 tahun nk masuk 4 tahun, wat dek jek, mcm xde ape2 berlaku…. aku ni mcm pengemis mintak hutang sendiri…
    ckp bkn melambung tinggi, Hyperbola lagi…. cite kt kwn2 laen income ribu riban, tapi bile aku tnyer pasal income die tu sbb nk mintak hutang, die ckp laen plak… ckp la income tu kongsi ramai2… puiiikkkk menipu…. dah la… last2 aku kene block dlm FB, aku x kesah pon die nk block aku ke ape ke an, nnty akan datang ade susah nk cari kwn, tolong jgn cari aku lagi yer… selamat berjaya dunia akhirat kpd kwn MLM aku…

  30. bagi aku lebih baik kerja sebagai orang makan gaji lebih baik… bagi duit kat mak ayah duit dari titik peluh sendiri .. baru korang rasa puas hati apa y korang buat,.. lagi barakah.. if betul nk buat bisnes buat loan , paperwork submit kat mana2 agensi kewangan…n then usaha kaw2 cm sape2 dah kena penangan MLM gitu kat bisnes korg sendri,… usaha lebih in shaa allah dapat lebih,… Allah Maha Adil …betul x… Jangan terlampau kejar duit sangat .. ssah.. tp kalau kejar keberkatan .. walaupun sikit .. in shaa allah cukup sangat

  31. Perniagaan M.L.M nie xsalah langsung pun sebenarnya.. Yg salah org yg dah join bisnes tu tp menipu hangit mcm2 semata2 nk suruh org join.. Yg xtahan siap paksa lg.. Yg boleh tahan plak org xnk join dia maki2 kutuk2 org plak tu.. Pastu plak bila dah termasuk separuh jalan duit dah fite separuh duit bg kt uplide.. Tp bila dah fed up xnk fite lg nk berhenti xnk join boleh plak xnk bg duit tu balik.. Siap wat senyap lg tu.. Ade yg jenis maki pun ade bila mintak duit balik.. Ini yg org nk marah sebenarnya! Ini apa yg budak2 dlm one com buat.. Ramai yg mcm2.. Boleh kata start dari kepala sampai ke ekor mcm2.. Duit org jgn buat mcm duit sendiri.. Income yg korang dpt tu mmg xberkat tiap2 bulan kalau ini apa yg korang kerjakan.. Semoga Allah membuka pintu hati kamu semua untuk teliti balik betul ke apa yg kamu buat sebelum nie betul ke tidak?? Jgn kerana “duit” kamu menipu, dan ambik duit org mcm hak kamu sendiri..

  32. Bisnes ni tak salah and akui produk tu bagos. Cuma cara mereka ‘tolong melayu’ is worst. Kata nk tolong melayu, tp suruh pinjam sana sini. Sy penah tye knapa upline sndiri tak bg modal. Once dah sign, for sure upline dpt blik modal tu. Tu bru tolong. Tp nk wat cmne upline pun xda duit. Megah sgt smpai mkn kt kedai mamak order air masak je…fffttt

  33. Aku hampir terjebak jgk dalam benda ni. Bila aku tnya target customer dorang sape, tu pon dorang tak tau nak jawab. Bile ak google n dapat bukti, then ak hantar screenshot dekat member tu, dia siap ugut nak cederakan ak lagi. takpe, dia igt negara ni ade undang2, jgn suka2 nak ugut org. Nasihat aku jgn join company tu, sebab dia buat ponzi scheme.

  34. haish saya pon terkena gak rasa nk mrah jewp dah ajak kita makan tempat jauh gila lpas tu asyik ckp pasal nk buat part time lpas tu cerita pasal life diorang kelam kelibut lpas tu ajak kita buat bisnes merapu ajak kwan dduk sebelah explain plan markerting diorang lpas tu tunjuk produk tapi mcm xnk tunjuk lpas tu kita kner dduk lama kat kedaii selama kita dduk dengan diorang tu diorang asyik brainwash kita sruh join cerita pasal incomes diorang stiap bulan lbih dari 10k mana nak dtang 10k klau kita meniaga bnda tu tu rasa lain lpas jewp saya balik dari jmpa saya mula check dlm google diorang syarikat scam tapi bnyak yg terjebak kejew yg senang buat loan terutamanya kejew gov modal nk bgi kita percaya incomes dah bnyak so kita dah resign dari gov modal senang dan kukuh untuk kita terjebak

Leave a Reply to hamba allah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *