Mitsui Outlet Park Tak Best

Orang tanya.. Mitsui Outlet Park best ke tak?

Mitsui Outlet Park

Okay. Hmm.. Jawapan jujur aku.. so-so je. Takde apa yang menarik sangat pun.

Nak kata harga barang murah bagai nak rak, tak jugak. Nak kata barang lain dari yang lain pun tak jugak.

Habis apa je yang best?

Kalau tanya aku, macam tak ada apa yang best je. Kedai makan atau port lepak, tak banyak.. Mesin bayar parking ada 2 ketul je.. ATM yang aku perasan pun ada 2 ketul jugak. Lepas tu, kedai yang brand agak-agak popular kebanyakannya kena beratur dulu sebelum masuk.

Chocolate Street Mitsui Outlet Park

Nike Mitsui Outlet Park

PUMA Mitsui Outlet Park

Zalora Mitsui Outlet Park

Aiseh.. potong mood betul.

Serius, kalau compare dengan KLIA2.. aku rasa kat sana lagi best. Sambil-sambil cuci mata tengok pramugari boleh makan spaghetti best kat Pastamania. Hohoho.

p.s: Pergi sana beli M&M je. Tu pun sebab Khair mengamuk nak coklat.

Khair at Mitsui Outlet Park

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *