Hari kesebelas.. Tali pusat baby Haziq dah tertanggal daripada perut. Aku hanya diberitahu ketika aku dipejabat.. Itu pun hanya diketahui selepas puan isteri melawat baby Haziq di HUKM.
Tetapi..
Yang menjadikannya misteri..
..
..
..

Dimanakah tali pusat yang tertanggal? Puan isteri tanya nurse, nurse cakap tak tau. Tanya doktor, doktor pun tak tahu.
Selalunya jika tertanggal daripada pusat, nurse akan meletakkannya didalam botol kecil.
Namun, sekarang.. Status unknown. Ianya hilang tanpa dapat dikesan.
Tertanya-tanya dalam hati.. Ada orang curi ke.. Ataupun memang ghaib begitu saja? Hmmmm..
p.s: Teringat pengalaman masa potong tali pusat baby Haziq. Rasa nervous oo.