in

Misi Memisahkan Khair Dengan Puting Berjaya


Genap 2 tahun 2 bulan, akhirnya berpisah juga Khair dengan puting.

Gara-gara tak jumpa puting masa nak pergi ambil wife balik kerja tempoh hari. Sampai sekarang.. bila Khair mintak puting je, terus aku bagitahu dia bahawa putingnya telah hilang. Daddy tak jumpa cari.

Pisahkan baby Khair dengan puting
Tiada lagi puting tergantung di leher

Seakan faham dengan apa yang aku katakan, dia diam membisu. Kadang-kadang agak gelisah juga.

Malam pertama tanpa puting, tidur agak tidak lena. Malam kedua pun sama, hingga terjaga dari tidur.. tercari-cari puting yang biasanya tergantung dileher.

Tapi, Alhamdulillah. Merengek sikit je, takde lah sampai meraung nak pecah satu rumah. Once dia dapat bantal busuknya terus sambung lena seperti biasa.

Well.. Bila dikenang-kenang balik usaha aku dan isteri untuk memisahkan Khair dengan puting, nampaknya seperti misi kali ini telah berjaya. Tak sia-sia kitorang cekalkan hati supaya tak termakan dek pujuk rayu Khair untuk dikembalikan puting. Orang Terengganu kata, buat-buat “lenje”. *Manja – konon-konon nangis, tapi bukan nangis pun. Auta je lebih. Hehehe.

Hoyeah.. syabas untuk diri sendiri.

p/s: Anak ke-2, ke-3 kalau boleh taknak bagi hisap puting dah. Leceh nak pisahkan nanti. Silap-silap Khair pun boleh hisap balik. Hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *