in ,

Minum Dan Menang Dengan Contest Yeo’s 80 Days Drink To Cash


Minum dan menang. Fuh.. sangat simple syaratnya. Contest mana lagi kalau bukan contest Yeo’s 80 Days Drink To Cash.

Beberapa hari yang lalu, aku bersama beberapa orang blogger sempat menghadirkan diri ke majlis penyampaian hadiah pemenang-pemenang contest ini yang dijalankan di Expresso Lab, Low Yatt Plaza Kuala Lumpur.

Disana, 34 pemenang diraikan kemenangannya termasuklah seorang lelaki yang aku rasakan cukup bertuah kerana telah memenangi RM10,000 hanya dengan meminum air minuman Yeo’s.

Pemenang RM10000 Yeo's 80 days drink to cash contest
Mohd Zahid Israk bin Baharom, pemenang RM10,000.

Untuk pengetahuan semua, sehingga hari ini lebih RM150,000 dan 27 ipad telah diberikan kepada pemenang. Satu jumlah yang sememangnya banyak.

Pemenang ipad Yeo’s 80 Days Drink To Cash
Pemenang iPad
Pemenang Yeo’s 80 Days Drink To Cash
Antara pemenang Yeo’s 80 Days Drink To Cash Contest

Namun begitu, dengan jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan sebanyak RM500,000, rasanya masih terlalu awal bagi sesiapa yang belum bernasib baik untuk cepat berputus asa. Kerana tempoh penyertaan contest ini masih lagi dipanjangkan sehingga 31 Mei 2014.

Dan seperti yang aku katakan sebelum ini juga, untuk menyertai contest ini mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah:

  1. Beli dan minum air minuman Yeo’s, Justea ataupun SoyRich yang mempunyai kod unik di bahagian kotak atau botol
    Contest-Proof-of-Purchase-Yeos
  2. Follow akaun rasmi Yeo’s Malaysia di applikasi smartphone WeChat (WeChat ID: YeosMalaysia)
    yeos-wechat
  3. Ambil gambar resit pembelian ataupun kod penyertaan yang terdapat di kotak/botol minuman Yeo’s.
  4. Hantar bukti gambar melalui akaun rasmi YeosMalaysia di saluran WeChat
  5. Ikut arahan dan jawab satu soalan mudah yang diberikan semasa penyertaan dihantar
  6. Tunggu keputusan yang akan diumumkan oleh pihak Yeo’s setiap hari sama ada anda adalah salah seorang yang dipilih sebagai pemenang

Okay. Memang mudah kan? Haa.. So, tunggu apa lagi. Bagi yang belum pernah hantar penyertaan, cepat-cepat pergi beli air Yeo’s dan mula hantar penyertaan masing-masing. Aku? Tiap-tiap hari dah wajib hantar 1 penyertaan. Manalah tahu kali ini bertuah badan dapat menang hadiah utama bernilai RM100,000. Hehehe.

Untuk butiran lanjut mengenai contest ini dan cara-cara untuk menghantar penyertaan, anda boleh menonton video yang disertakan dibawah ataupun lawati laman web rasmi Yeo’s di www.yeos.com/contest/.

Makluman: Setiap kod contest adalah layak untuk satu penyertaan sahaja. Jumlah penyertaan pula akan bergantung kepada jumlah pek yang tertera di atas resit rasmi.

p/s: Kalau aku menang RM100,000..Aku nak pergi Paris.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *