in ,

Minggu ke-4 Latihan Renang Khair


Semalam, minggu ke-4 Khair attend kelas renang. So far so good. Ada improvement dari segi water confidence. Kalau sebelum ni tiap kali bila coach panggil masuk dalam kolam, mau dia betulkan goggle 4-5 kali untuk drag masa sebab nervous.

Tapi semalam, pakai goggle.. betulkan sikit-sikit terus terjun. Daddy dari jauh usha je, tapi setiap kali dia berpaling muka nak tengok daddy pandang ke arah dia ke tak.. cepat-cepat daddy alihkan muka ke lain. Bukan apa.. tak nak dia rasa dipantau sangat. Hahaha.

So untuk kelas ke-4 ni lebih kepada practice teknik tolak kaki ke dinding untuk lonjakkan badan berenang jauh ke tengah. Aku tak tahu exact name untuk teknik ni, tapi bila tengok silibus pembelajaran serta bantuan Google, namanya streamline push off from the wall. Cumanya bila aku tanya Khair dia kata, coach ajar teknik rocket kick. Hahaha

Well.. Bila tengok improvement Khair dalam kelas renang ni, dari jauh aku tersenyum je. Serius weh.. aku senyum sorang-sorang sambil tutup mulut dengan tangan. Dan dalam hati bangga sebab dia dah boleh sampai tahap macam tu. Kalau nak dibandingkan dengan aku.. hmm.. daddy nya tak pandai berenang. Hohoho.

By the way, last week punya cerita masa attend kelas renang. Khair ada sedikit masalah dengan goggle-nya. Bilamana goggle yang dipakai asyik masuk air dan berkabus.

Kalau ikutkan hati.. nak je aku rujuk masalah ni pada ketua coach Khair sama ada goggle tersebut rosak ataupun tersalah beli. Tapi memandangkan hari itu ketua coach agak busy dan kitorang tak sempat nak jumpa (dan aku sendiri juga tak nak bazirkan duit untuk beli goggle baru yang mana aku sendiri tak sure sama ada akan dipilih dengan betul ataupun tidak), maka semalam sebelum kelas aku cuba ketatkan bahagian nose bridge goggle Khair.

Dan resultnya.. Alhamdulillah. Problem solved. Lega kejap bila dah tak perlu beli goggle lain. Hehehe.

Fakta mengenai renang:

  • Berenang menggunakan semua otot badan berbanding berlari
  • Berenang lebih cepat letih
  • Berenang lebih cepat bina stamina
  • Berenang, kalau power maka takkan ada masalah untuk lari atau main basikal
    • Berlari adalah tentang kekuatan otot
    • Basikal adalah tentang imbangan
    • Berenang adalah tentang kawalan nafas

Berdasarkan fakta-fakta ni, untuk improvekan lagi renang Khair.. mungkin aku kena ajak dia berjogging? Which is satu training yang sangat mencabar. Sebabnya? Daddy dia pun dah bertahun tak jogging. Hahaha.

Berbasikal? Ini maybe boleh diusahakan dalam masa yang terdekat. Cumanya kalau nak bagi dia berbasikal, nak kena beli basikal daddy jugak. Sebab risau nak bagi dia main basikal seorang diri tanpa dipantau, kat luar sekarang macam-macam kes yang tak enak didengar dah berlaku. Kena lebih berhati-hati.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply
  1. Bagus.. bagus ajar anak-anak berenang sejak dari kecik. Sunnah Rasulullah. saya dulu tak pernha pergi kelas berenang, ayah yang ajarkan sendiri. Anak saya ni pun saya yang ajarkan sendiri, tak pergi lagi kelas renang. #nasibbaikmommypandaiberenang =))

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *