Mimpi Sampai Ke Bintang

Bilamana keluar pergi jalan-jalan.. Masuk kereta, jarang sangat Khair tak lelapkan mata buat seketika waktu. Sama juga macam hari ni.

Cadangnya nak bawa adik-adik ipar pergi kedai lampu Puchong untuk borong stok lampu murah untuk rumah baru diorang, tapi tup tup baru sampai half way.. Khair dah mimpi sampai ke bintang.

Khair tidur

Gini lah gayanya.. Elok-elok dah sampai ke destinasi yang dituju, tak nak bangun. Nak tak nak aku sebagai ayah mithali terpaksalah jadi penunggu dalam kereta ketika putera ni sedang beradu. Hahaha.

p/s: Kat kedai lampu ni hari minggu pun bukan main ramai lagi customer. Kaya tokey.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

5 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyampaian Hadiah Peraduan Minum Dan Menang Jus Mangga PRAN

Bila Krim Muka Jadi Gel Rambut