in

Bila Mileage Dugong Dah Cecah 150,000km


Sabtu lepas, sikit lagi mileage kereta nak cecah 150,000km. Alang-alang dah kat kampung dan keesokannya pula nak kena balik semula ke Bangi, terus aku buat temujanji dengan SC Toyota Semambu untuk buat servis.

Untuk kali ini, servis yang dilakukan hanyalah minor servis. Cuma selepas pemeriksaan dibuat, aku dimaklumkan ada 2 part tambahan yang perlu ditukar iaitu air filter dan juga aircond filter. Manakala, optional untuk jadikan kereta lebih pickup, tambahan petrol injector cleaner kedalam tangki minyak.

Kos kedua-dua alat ganti berserta petrol injector cleaner kalau ikutkan tak mahal mana pun. Air filter berharga RM86.10, aircond filter berharga RM55.69, manakala untuk petrol injector cleaner berharga RM46.43. Jadi, disebabkan Vios aku ini memang berikan perkhidmatan yang awesome buat aku, tanpa banyak dalih.. aku setuju je apa yang perlu dibuat. Dan total kos tambahan untuk servis kali ini adalah berjumlah RM188.22.

Dengan nilai sebanyak itu, bagi aku ianya tak menjadi masalah sangat pun. Sebabnya ketiga-tiga benda ini penting untuk maintainkan performace dan keselesaan aku ketika memandu.

Air filter berfungsi untuk menapis sebarang bendasing daripada masuk ke kebuk pembakaran enjin, aircond filter berfungsi untuk menapis udara yang kotor didalam ruang kabin kereta. Manakala, petrol injector cleaner berfungsi untuk membersihkan semua kotoran yang melekat didalam sistem bahan api kereta korang.

Kiri untuk aircond filter, kanan air filter. Nampak tak betapa hitamnya mereka. Hahaha

Tempoh masa team Toyota Semambu untuk servis 150,000km vios aku tidak mengambil masa yang lama, ianya cuma mengambil masa kira-kira sejam setengah sahaja.

Dan perbezaan yang dapat dirasakan setelah melakukan servis kali ini, aircond terasa lebih sejuk kerana kurangnya blockage dipermukaan aircond filter (thanks to aircond filter yang baru). Manakala, enjin juga lebih smooth dan pickup kerana air flownya lebih lancar serta percikan petrol yang lebih sistematik (thanks to air filter yang baru dan juga petrol injector cleaner).

So, total damaged adalah RM463.15.

Lain-lain catatan mengenai penyelenggaraan Vios aku, korang boleh rujuk sini – Servis kereta Vios

p.s: FYI, servis akan datang adalah major servis vios aku untuk kali kedua. Anggaran kos yang dimaklumkan adalah RM1,500. Kos ini termasuk tukar minyak gear box segala bagai tu. Fuhh.. Fuh.. berpeluh kejap.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

10 Comments

Leave a Reply
  1. Rajin bro pergi servis dekat Toyota Centre..
    Biasa saya servis dekat bengkel-bengkel kereta biasa jer… Murah sikit kos nya..

    • Pergi sana sebab diorang buat pemeriksaan keseluruhan setiap kali servis. Rekod pun Toyota update dalam sistem, so malas nak peningkan kepala.. untuk senang nak rujuk balik kalau ada apa-apa masalah. Hehehe

  2. Assalam En. Hafiz, kalau bahagian depan radiator vios tu bergegar kuat, agak-agak apa yang rosak ye, kipas berputar elok, tapi tak pasti apa yang rosak, adakah motor kipas tu kena tukar baru ataupun bearing? Mekanik pun tak dapat detect apa rosak? (Vios saya dah cecah 264,000km.) sekian terima kasih.

  3. Sebelum ini 2 thn lepas, pernah vios saya mati enjin kat trafik light( time nak tunggu lampu merah tukar hijau) dia mati, start enjin dia mati balik. Mekanik pun tak dapat detect. saya bukak blog En.Hafiz.kata Kena tukar Vios Oxygen sensor, saya pun tukar terbang RM 350.00. Tapi lepas tu kereta saya Ok. tak semput & enjin mati.

  4. menakutkan juga tengok harga sekali servis tapi demi kepuasan hati ketika memandu maka redha dan pasrah jelerkan.
    ada kebaikan juga sebenarnya servis berekod di pusat servis ni, orang kata kalau nak jual semula kereta tu masih cantik lagi harganya.

  5. biasa la tu..teringat ada orang cerita psal servis kereta BMW..masuk je dalam bengkel tu dah start caj RM200++…belum start servis lagi..ehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *