in

Mileage Dugong Putih Dah Cecah 90,000km


Selesai urusan servis kereta Vios aku untuk mileage yang ke 90,000km.

Total damage, RM333.95. Itu dah dicampur dengan tax dan upah servis semua tu, kira not bad lah harga. Antara servis yang dibuat termasuklah:

  • Tukar minyak hitam
  • topup window washer
  • tambah petrol injector cleaner
  • dan tukar filter air cond

Servis Vios

Kos Maintenance Vios 90000 km
Klik untuk besarkan

Servis Vios 90000 km

Kalau diikutkan selepas major servis 80,000km tempoh hari, agak cepat juga sebenarnya mileage kereta aku dah capai next servis mileage. Mana taknya.. banyak travel jauh lah katakan. Pergi Legoland, balik kampung wife, balik kampung aku, ditambah pula dengan daily drive pergi kerja dan jalan-jalan hujung minggu.. Fuhhh. Memang non stop lah kereta ni berjalan.

So dah lepas servis ni, kereta dah rasa ringan balik. Dah boleh tarik nafas lega, paling kurang pun 2 bulan sebab tak payah fikir nak servis kereta dah.

Next, servis mileage 100,000km. Itu pun minor servis. Tapi anggaran kos lebih sikit, sebab kemungkinan besar kena tukar spark plug. Dah kena mula kumpul duit tabung nampaknya. Hehehe.

p/s: Aku kalau boleh nak maintain rekod servis kereta dekat Servis Center, sebab in case nak trade in kereta ke.. rekod servis ini boleh dijadikan satu faktor untuk tinggikan nilai trade in yang kedai akan ambil.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

11 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *