Microsoft Surface : Tablet Pencabar iPad?

Mungkin anda pernah mendengar perkataan “Microsoft Surface”  ini tidak lama dahulu.  Beberapa tahun yang lalu , inovasi ini diperkenalkan kepada umum sebagai sebuah komputer sentuh interaktif berbentuk meja . Ramai yang teruja melihat teknologi itu. Namun, tidak lama lagi dengan terlancarnya Windows 8 yang dijangka sekitar awal Oktober pada tahun ini, mencetus idea baru bagi Microsoft.

Dengan melihat meriahnya sambutan terhadap pasaran tablet, Microsoft juga tidak mahu ketinggalan dalam bersaing dengan 2 syarikat pengeluar tablet gergasi di dunia, Samsung dan Apple. Kerana Microsoft bukanlah syarikat berasaskan sumber terbuka , sudah pasti mereka tidak akan menghasilkan tablet berpaksikan Android. Maka terbitlah idea meneruskan “Microsoft Surface” untuk teknologi tablet mereka. Ia telah diumumkan sendiri oleh  Microsoft CEO Steve Ballmer pada 18 June 2012 di Milk studios, Los Angeles.

Microsoft melalui inovasi ini berharap, ia sedikit sebanyak menggugat pasaran tablet dunia dan mampu meraih sokongan padu dalam bersaing dengan pengeluar tablet yang lain. Sememangnya “Microsoft Surface” mempertaruhkan teknologi yang terkini seperti  VaporMg , disebut sebagai “VaporMag“. Teknologi casing magnesium yang di bentuk mengikut keselesaan tangan sebagai tempat komponen-komponen Surface di susun dan ditempatkan dn ia disudahkan dengan teknik PVD (Physical vapor deposition) , bagi memastikan casing ini mampu tahan lasak dan begitu selesa dipegang.

Teknologi paparannya pula dikenali sebagai Microsoft’s ClearType HD display , dan dianggap terbaik dalam kelasnya yang tersendiri. Terdapat 2 model yang telah diumum kan. Model Surface dan Surface Pro.

Berikut disenaraikan spesifikasi bagi kedua-dua jenis model ini:

Windows RT (singkatan bagi Runtime) akan diguna pakai bagi model Surface yang menggunakan pemproses ARM manakala Surface pro menggunakan Windows 8 pro bagi pemproses Intel Core I5 Dual Core . Bagi model pro , ia sudah cukup membuktikan tablet ini bukan hingusan kerana mampu menjalankan Windows 8 Pro. Tetapi masih terlalu awal untuk mengatakan tablet ini mampu mengganggu gugat pengeluar tablet lain kerana banyak aspek yang tidak di pertimbangkan Microsoft.

Ramai OEM (original equipment manufacturer) Microsoft seperti ACER merasa dipinggirkan dengan pengenalan tablet ini oleh Microsoft. Microsoft dikatakan melakukan kesilapan besar dengan mengetepikan OEM nya dalam penghasilan tablet ini dengan mengeluarkan sendiri tablet ini tanpa melibatkan mana-mana OEM. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja ia keluar di pasaran lewat July 2012 (dijangka).

Harga yang dicadangkan bagi Surface ialah USD599 manakala bagi model Surface PRO ialah USD 999.

Kongsikan artikel ini dengan menekan butang LIKE dan jangan keberatan untuk meninggalkan komen dibawah diruang yang telah disediakan.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google PageRank sudah diupdate

50 Hari HafizRahim.Com