in

Mi Box S Pengganti Unifi Plus Box


Unifi plus box ni kalau ikutkan dah cukup bagi aku dan keluarga untuk layan hiburan kat rumah, tapi malangnya ada restriction yang menyebabkan ia tak membenarkan aku untuk install aplikasi Netflix sedangkan aku ni memang pengguna streaming servis tersebut.

Disebabkan kecewa dengan unifi Plus box kerana ketidakbolehan untuk install aplikasi Netflix ni, akhirnya nafsu aku untuk beli box baru dah tertahan lagi.

Selepas pencarian demi pencarian, maka baru-baru ni aku nekad untuk beli Mi Box S sebagai ganti. Pada asalnya kalau ikutkan bajet, aku sekadar nak beli Mi Stick je kerana harga yang dijual lebih murah malah ia juga portable.

Tapi dek kerana teracun dengan pengguna-pengguna lain yang ada pengalaman menggunakan kedua-dua device ni dan diorang lebih prefer Mi Box S daripada Mi Stick, maka aku pun ikut je beli Mi Box S sebab reviewnya lebih bagus.

Beli kat Shopee je versi global dengan harga RM204.69 (lepas diskaun + delivery by DHL), keesokannya Mi Box S ni sampai kat tangan aku.

Pandang pertama terhadap Mi Box S ni bila aku dah unbox, baru aku tahu.. Owh, lagi kecil rupanya box ni compared to unifi plus box. Dan satu perbezaan ketara, apabila remotenya aku rasa lebih firm berbanding remote unifi plus box.

Cara nak guna Mi Box S pun tak susah. Straight forward. Cucuk box pada adaptor yang disertakan, connect kabel HDMI (juga disertakan), switch ON. Lepas tu ON pulak TV. Kemudian, ikut je step yang diperlukan kat skrin TV; connect WiFi, login akaun Google dan install je aplikasi mana yang kita nak.

Macam aku ada beberapa aplikasi yang aku nak guna seperti Unifi PlayTV, Netflix, Disney+, NordVPN dan jugak SyberTV. Kesemuanya boleh dimuat turun tanpa masalah (official apps, bukan mod version) melalui Google Playstore.

Manakala untuk aplikasi Disney+ tu walaupun official apps, aku kena tweak sikit masa installation memandangkan Google Play Store Malaysia tak available benda ni. Ia hanya available untuk dimuat turun melalui Google Play Store US.

So lepas dah install dan run semua apps yang aku nak, dengan sambungan unifi 500Mbps (unifi turbo) yang aku dapat free upgrade dulu. Semuanya nampak beroperasi dengan lancar.

Yang paling aku suka, Netflix yang aku dah install tu.. boleh dimainkan dalam mode UHD okay (4K – 3840 x 2160: 60 fps). Gambar cun, audio clear.

Segala button berfungsi dengan elok, tak ada isi lagging. Maka apa yang boleh aku rumuskan, aku sangat berpuas hati dengan Mi Box S yang aku beli ni. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. Bro…kalau unifi tv tu boleh buka serentak dekat device lain? Saya nak beli 2 mibox lagi untuk bilik tidur 1 dan 2. Jadi Plus box dekat ruang tamu. Boleh ke ID unifi tu guna dekat dua2 mibox dan boleh bula serentak?

  2. Hi bro Hafiz,

    Nak tanya simple question berkaitan netflix dlm Mibox ni.
    Utk netflix, sy da subscribe pakej “mobile” yg rm17 paling murah tu. Mmg tgk kat hp/tablet je selama ni.

    Kalau nak tgk netflix guna mibox ni, sy kena upgrade ke pakej yg lebih mahal kan (basic/standard/premium)?
    Atau still boleh pakai yg pakej mobile tu?

    Thanks in advance πŸ™πŸ»πŸ˜„

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *