Unifi plus box ni kalau ikutkan dah cukup bagi aku dan keluarga untuk layan hiburan kat rumah, tapi malangnya ada restriction yang menyebabkan ia tak membenarkan aku untuk install aplikasi Netflix sedangkan aku ni memang pengguna streaming servis tersebut.
Disebabkan kecewa dengan unifi Plus box kerana ketidakbolehan untuk install aplikasi Netflix ni, akhirnya nafsu aku untuk beli box baru dah tertahan lagi.
Selepas pencarian demi pencarian, maka baru-baru ni aku nekad untuk beli Mi Box S sebagai ganti. Pada asalnya kalau ikutkan bajet, aku sekadar nak beli Mi Stick je kerana harga yang dijual lebih murah malah ia juga portable.
Tapi dek kerana teracun dengan pengguna-pengguna lain yang ada pengalaman menggunakan kedua-dua device ni dan diorang lebih prefer Mi Box S daripada Mi Stick, maka aku pun ikut je beli Mi Box S sebab reviewnya lebih bagus.
Kat Shopee je versi global Mi Box S ni harganya RM204.69 (lepas diskaun + delivery by DHL), tekan buy.. keesokannya Mi Box S ni sampai kat tangan aku.
Pandang pertama terhadap Mi Box S ni bila aku dah unbox, baru aku tahu.. Owh, lagi kecil rupanya box ni compared to unifi plus box. Dan satu perbezaan ketara, apabila remotenya aku rasa lebih firm berbanding remote unifi plus box.
Cara nak guna Mi Box S pun tak susah. Straight forward. Cucuk box pada adaptor yang disertakan, connect kabel HDMI (juga disertakan), switch ON. Lepas tu ON pulak TV. Kemudian, ikut je step yang diperlukan kat skrin TV; connect WiFi, login akaun Google dan install je aplikasi mana yang kita nak.
Macam aku ada beberapa aplikasi yang aku nak guna seperti Unifi PlayTV, Netflix, Disney+, NordVPN dan jugak SyberTV. Kesemuanya boleh dimuat turun tanpa masalah (official apps, bukan mod version) melalui Google Playstore.
Manakala untuk aplikasi Disney+ tu walaupun official apps, aku kena tweak sikit masa installation memandangkan Google Play Store Malaysia tak available benda ni. Ia hanya available untuk dimuat turun melalui Google Play Store US.
So lepas dah install dan run semua apps yang aku nak, dengan sambungan unifi 500Mbps (unifi turbo) yang aku dapat free upgrade dulu. Semuanya nampak beroperasi dengan lancar.
Yang paling aku suka, Netflix yang aku dah install tu.. boleh dimainkan dalam mode UHD okay (4K – 3840 x 2160: 60 fps). Gambar cun, audio clear.
Segala button berfungsi dengan elok, tak ada isi lagging. Maka apa yang boleh aku rumuskan, aku sangat berpuas hati dengan Mi Box S yang aku beli ni dan sangat recommend kalau korang tengah mencari box untuk pakai kat tv. Hehehe.
Link Shopee – Mi Box S versi global
best gk box ni. Tapi aku tgk tv sehari dapat sejam pun dah kira lama..
Aku tengok siri & movie mana yang aku nak tengok je. Lain2 anak bini tengok. Haha
Untuk install playtv boleh direct dari playstore ke tuan ? Atau ken masukkan apk file
Boleh. Official app direct dari playstore.
cuma nak tanya..unifi tv tu mmg function ye sebab saya guna dkat android box lain xble guna..ble install tapi bila nak tengok keluar error.
Mi box s sy x boleh connect unifi, puas masuk password yg sama.. Masih x boleh.. Ada pandangan tak
Bro…kalau unifi tv tu boleh buka serentak dekat device lain? Saya nak beli 2 mibox lagi untuk bilik tidur 1 dan 2. Jadi Plus box dekat ruang tamu. Boleh ke ID unifi tu guna dekat dua2 mibox dan boleh bula serentak?
Boleh 2 device dalam 1 masa.
TV biasa boleh pakai ke? Wifi 30mbps ok tak agak2?
Kalau tv ada port HDMI boleh je guna. Tak kisah tv macam mana pun. Internet speed 30Mbps pun cukup dah.
Hi bro Hafiz,
Nak tanya simple question berkaitan netflix dlm Mibox ni.
Utk netflix, sy da subscribe pakej “mobile” yg rm17 paling murah tu. Mmg tgk kat hp/tablet je selama ni.
Kalau nak tgk netflix guna mibox ni, sy kena upgrade ke pakej yg lebih mahal kan (basic/standard/premium)?
Atau still boleh pakai yg pakej mobile tu?
Thanks in advance 🙏🏻😄
Tak sure sama ada boleh guna mobile pakej dalam Mibox ataupun tak. Boleh cuba login dulu kat Mibox, kalau tak boleh baru upgrade.
Nak tny, boleh ke tgk channel tv dlm mi box ni? Atau mi box ni hanya ada apps mcm netflix tu?
Kalau ada akses untuk Unifi TV boleh install apps unifi untuk tonton channel-channel tv. Kalau tak kena install apps yang ada channel tv la.
mi box s ni kena bayar bulanan ke?atau beli box bayar sekali je?
Tak. beli box saja. apps pasang sesuka hati, subscription terpulang kepada apps. Itu dah cerita lain.
Unifi playtv tu function ke? Sbb ade review kata bile username n password, dia x function pun.
Okay je. Boleh guna. Tak ada masalah
Mi box ni kene bayar bulan ke. Or just bayar bulan untuk apps macam netflix?
Sekali bayar je. Nak tengok Netflix or apa-apa apps lain, yang tu kena ada akaun lain.. subscribe sendiri.
Nak tanya, kalau guna mi box s ni untuk Univi Tv ada masalah tak? Sebab saya punya bila nak tukar channel, lambat betul loading list chanel kat bawah tu. Kadang-kadang langsung tak keluar. Ada setting yang patut saya buat ke? Atau sebab saya guna 100mbs?
Setakat ni saya punya okay. Tak pasti kalau lambat loading.