in

Merokok Itu Haram


Entri ringkas untuk sabtu terakhir Ramadhan 2013.

Sepertimana yang diketahui umum, rokok memberikan 1001 keburukan kepada sesiapa yang menghisapnya dan juga orang-orang yang disekeliling. Ini tidak dapat disanggah lagi. Terdapat banyak fatwa yang dikeluarkan oleh ulama’ tentang isu ini. Tetapi seperti biasa..bagi mereka yang tidak berpegang pada sunnah Rasulullah s.a.w pastinya akan menafikan perkara ini.

Jadi, mari kita tonton video pendek ini dan renung-renungkanlah.

Diharapkan dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat membantu pembaca-pembaca diluar sana supaya terbuka hatinya untuk berhenti daripada sifat merokok. Insha Allah. Hendak seribu cara, tak mahu seribu dalih. Boni Kacak, antara kenalan blogger yang berjaya berhenti merokok. Alhamdulillah.

jom berhenti merokok


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

27 Comments

Leave a Reply
  1. Rokok diharamkan sebab membahayakan kesihatan. Bagaimana pula dgn hukum membawa kenderaan? Asap daripada kenderaan bukan sahaja membahayakan kesihatan manusia, tapi kesihatan bumi. Kenapa tidak haram? Sebab ulamak semua menggunakan kereta, jadi ia tidak haram?? Janganlah jadikan matlamat menghalalkan cara. Siapa yg rasa asap kenderaan itu selamat dan tidak haram, sila reply. Fikirkan juga faktor makanan sekarang yg tidak menyihatkan. Tidak haram? Lagi satu agenda matlamat menghalakan cara.

      • Betul, kalo ikutkan free muvi pun haram. Kebanyakan benda yg kita buat sedar tak sedar adalah haram. Tapi kena tunggu ulamak akhir zaman umumkan dulu. Kalo xde kepentingan kat dorg, baru haram. Kalo tak, sendiri xleh cari mkn ler.. Sebab tu jgn sesuka hati jatuhkan hukum halal haram kat sesuatu benda melainkan benda tu disebut secara spesifik dlm Al-Quran cth mcm arak, zina, mkn khinzir dan sebagainya. Sape leh bg ayat Quran kata spesifik rokok tu haram? Meh aku bg contoh2 lain benda haram yg ramai org halalkan. Termasuk ustaz2 dunia tu…

        • Off topic skit, isu wanita pegang anjing digembar-gemburkan, isu anak mahathir aka org islam atas IC terlibat dgn penjualan arak diselamatkan. Mana pergi ulamak2 malaysia? Fatwa hilang? Dalil x cukup? JAKIM membisu??? Ulamak akhir zaman????

        • Maaf, ini tidak ada kena mengena dengan kepentingan ulamak Malaysia..Mufti luar negara, sebagai contoh Egypt & India sendiri pun telah isytiharkan hukum haram terhadap rokok disana.

          Tepuk dada tanya iman, kalau saudara sendiri dah tahu tentang halal haram sesuatu perkara itu..tetapi masih lakukan juga..kiranya saudara juga tergolong seperti mereka-mereka yang saudara contohkan.

          • Persoalannya, kenapa haram kepada rokok sahaja? Sedangkan byk benda lain boleh jatuh hukum haram kerana memudaratkan yg bersifat seperti rokok malah lebih teruk daripada rokok? Contoh dah pun diberikan. Tapi masih ramai yg matlamat menghalalkan cara. Tak perlu bertanya iman saya sedangkan iman saudara sendiri masih belum mampu untuk menjawab soalan yg semudah ini. Lagi sekali, isu ratu cantik digembar-gemburkan. Isteri perdana menteri malaysia tidak bertudung tidak diketengahkan. Belum lagi isu anak sultan selangor minum arak. Ada JAKIM bg fatwa? Jabatan agama dayus begini iman saudara harus berpegang? Akal digunakan untuk berfikir, bukan untuk menerima bulat-bulat.

          • Tidak ada persoalannya..yang cuma ingin disampaikan di entri saya ini hanya bertopikkan pengharaman rokok..saudara sendiri yang memutar belitkan dengan isu haram yang lain..tentang isu lain saya tak kata ianya halal..cuma belum dimasukkan ke dalam blog.

            Persepsi pertama saya tentang komen saudara seperti saudara sendiri juga menghisap rokok..sebab itu komen2 yang saudara lontarkan agak emosi disitu.

          • Memang emosi sebab sedih dgn org islam yg ditipu dgn org islam yg lain berstatus ulamak. Jelas disini saudara hanya mampu mengulas tentang satu isu sedangkan isu yg lain berkaitan. Nasihat saya, jika nak menyampaikan dakwah tentang halal haram, bykkan dulu ilmu dengan membuat kajian menyeluruh, bukan hanya mengikut. Tidak hairanlah kenapa umat islam boleh terpesong dgn ajaran sesat dan syiah. Sekarang saya hendak terjah blog ustaz yg lain pulak bagi tarbiah sikit kat dorg. Selamat maju jaya dan ingat pesan saya.. Jangan biarkan matlamat menghalalkan cara. Assalam…

          • Tak apa..saya mengaku diri saya kurang arif bab agama. Tapi yang pastinya saya bukan sekadar menurut apa yang orang katakan. Seperti saudara katakan, kita diberikan akal untuk berfikir..apa yang saya nampak rokok tidak mendatangkan sebarang manfaat, bahkan kaji selidik oleh saintis sekalipun tidak menunjukkan sebarang kesan positif terhadap rokok. Jadi disebabkan itu ramai ulamak2 bukan setakat di Malaysia sahaja yang menjatuhkan hukum haram keatas rokok. Apa2 pun terima kasih diatas kesudian saudara untuk singgah ke blog saya dan memberikan komen. Waalaikumussalam.

  2. Merokok sudah difatwa haram disesetengah negeri maka ada eloknya jgnlah kita menjerumuskan diri ke dalam perkara2 yg merosakkan diri sendiri.

Leave a Reply to daddydee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *