in

Merasa Naik Bas Percuma SMART Selangor


Kalau ikutkan bas SMART Selangor ni memang dah lama ada kat kawasan rumah aku. Tapi biasanya kalau nampak bas ni lalu lalang, manjang je kosong. Dalam hati aku tertanya-tanya gak, orang Bangi semua kaya-kaya ke taknak naik bas free. Driver bas pun mungkin bosan agaknya bila dah hari-hari tak ada penumpang. Hahaha.

Nak dijadikan cerita, lepas breakfast kat kedai weekend lepas.. bawak anak-anak pusing taman perumahan dengan kereta. Nampak je tiang tunggu bas SMART Selangor tepi jalan.. spontan tanya anak aku.. “Nak tak naik bas?”

Budak-budak kan.. of course la jawab nak. Yang terlebih excited tu Haziq la. Suka kemain bila cakap nak suruh naik bas. Aidan pulak tak pandai menjawab lagi, tau sebut “bas.. bas..” je. Hahaha

Bila anak cakap nak, aku tanya wife.. dia nak teman tak budak-budak ni naik bas. Aku cakap nanti aku ikut belakang. Tak kisah la nak turun mana, janji budak-budak dapat pengalaman naik bas. Penat dah haih dok meratib kat rumah masing-masing tak merasa lagi naik bas.. kali ni daddy tunaikan hajat. Heee.

Wife cakap okay.. aku pun park kereta tepi jalan dekat dengan tiang bas SMART Selangor.
Setengah jam gak la nak menunggu bas sampai, walaupun kat papan tanda dia tulis kekerapan perjalanan bas dalam 20 minit je. Kalau orang hilang sabar ni, dah balik dulu aku rasa. Hahaha.

Bas pertama sampai, aku suruh naik.. tapi wife cakap bas tu ke arah mana entah dan driver suruh tunggu bas yang seterusnya. Adoyai.. tunggu lagi.

Tapi tak apa la.. benda free kan. Tunggu je la.

Dalam 15 minit kemudian bas sampai, tapi bas dari arah bertentangan. Nak tak nak aku terpaksa start kereta dan u-turn untuk kejar. Sebab bas tak berhenti. Tak ada orang tunggu kat seberang jalan belah sana, memang la bas tak berhenti kan.

Aku follow bas sampai dia nak berhenti next pit stop. Bila dah dekat tiang seterusnya, aku overtake bas.. dan suruh anak-anak dan wife turun untuk tahan bas.

Alhamdulillah bas berhenti. Masing-masing excited nak naik bas. Haha.

Bas bergerak aku pun mengekor kat belakang bas. Sampai kat traffic light, aku berhenti sebelah.. nampak lah kelibat anak-anak aku berjalan mundar mandir kedepan, kebelakang.. merasa semua kerusi yang ada.

Bas tak ada orang kot.. diorang la jadi bos. Wife siap whatsapp bagitahu, Haziq cakap.. naik bas bukan best.. tapi best sangat. Hahaha. Oh anak.

Tengok route map, bas SMART Selangor yang anak aku naik tu (nombor KJ04) pusing Bangi sikit je pun. Lalu Fasa 1 – Masjid Al-Hassanah (masjid hijau) – PKNS Bangi – Fasa 1 balik – Seksyen 3.

Sampai je Seksyen 3 diorang turun sebab pit stop dekat sangat dengan rumah. Masuk kereta semua muka happy sebab ada pengalaman baru naik bas percuma SMART Selangor. Heeee.

Lepas ni Haziq cakap nak naik dengan daddy pulak, ibu drive kereta follow belakang. Tapi dia tak tahu.. ibu dia tak reti drive kereta walaupun dah ada lesen. Hahaha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published.