in

Menu Western Dan Itali Di The Grato


Aku suka explore kedai-kedai makan yang terletak di Bangi. Mana-mana kedai yang nampak baru ataupun menarik, terus aku akan ajak wife untuk pergi cuba menu-menu baru.

Biasalah.. Bab makan kalau asyik makan benda yang sama, kadang-kadang muak juga kan.

So, kali ini aku akan bercerita ringkas tentang sebuah restoran yang berdekatan dengan rumah aku iaitu The Grato. Sebelum ini memang aku langsung tak perasan pun akan kewujudan restoran ini walaupun jaraknya dengan rumah aku tak sampai 3 kilometer.

The Grato Bangi

Aku tahu tentang restoran ini pun selepas terbaca akan satu posting blog rakan blogger juga yang menceritakan tentang pengalamannya menjamu selera disini, Cik Lily Putih.

Okay, untuk pengenalan tentang restoran ini.. rasanya aku tak perlu cerita panjang-panjang lah kan. Terus tunjukkan je menu apa yang telah dipesan oleh kitorang.

Chicken Steak with Pasta

Chicken Steak with Pasta yang berharga RM8.90 untuk jejaka kacak seperti aku.

Classic Chicken Chop

Manakala Classic Chicken Chop yang barharga RM9.90 untuk perempuan cantik a.k.a isteri aku.

Well, satu perkara yang menarik tentang restoran ini apabila menu yang dipesan akan sampai ke meja korang dengan cepat. Pengalaman aku berkunjung ke restoran ini tempoh hari, servisnya sangat pantas.

Bayangkan, belum sempat aku panaskan kerusi tempat duduk.. order sekejap.. tup tup.. makanan dah sampai. Aku agak belum sampai 10 minit aku berborak dengan isteri. Wow! Bagus.. aku cukup suka servis sebegini. Tambahan lagi, susun atur kerusi meja dalam restoran ini pun agak rapi dan bersih.

Cuma..

Masih ada sedikit kekurangan, iaitu.. dari segi rasa masakan.

Untuk menu Chicken Steak with Pasta, ianya boleh diterima. Rasa sedap. Pasta yang dimasak cukup lembutnya dan kuah pun enak. No wonder sampai Khair pun menjilat jari.

Baby Khair makan menjilat jari

Tetapi, berlainan pula dengan menu Classic Chicken Chop yang dipesan oleh isteri. Ayam yang digoreng sudah agak sejuk dan lemau ketika sampai di meja makan dan agak liat. So, bila dah sejuk, lemau dan liat.. feel untuk makan tu hilang begitu sahaja. In the end, Classic Chicken Chop yang dipesan tak habis dimakan.

Haa.. Jadi, kiranya korang boleh agak sendiri lah kot berapa rating yang mampu aku berikan. Maksimum 3 bintang. Itu pun sebab harganya tak mahal sangat (air kitorang  just order air teh O ais je) dan boleh di-consider okay.

Menu The Grato

Menu Itali The Grato

Menu western The Grato

Menu air The Grato

So, rumusannya.. Untuk restoran kali ini, kira boleh datang lagi lah kot, in case kalau malas nak pergi kedai jauh-jauh. Cuma kalau nak order, menu Classic Chicken Chop memang tak akan order lagi dah.

Alamat:

The Grato
No.12 Jalan 3/7, Seksyen 3, Bangi Perdana
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
*Shoplot berhadapan Surau Bangi Perdana

p/s:Entah bila aku nak khatam semua kedai makan kat Bangi ni.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply
  1. salam jenguk blog nie..salam knalan..Macam menarik je…harga pon ok dan tak melampau dan terima kasih berkongsi.

  2. Harga nampak cam boleh tahan tapi bila baca komen hafiz ayam sejuk,lemau dan liat je terus cancel..hehe

  3. Rasanya….. yang paling banyak cover kedai makan kat bangi adalah cik lily la kan…. banyak seksyen siot…. mau makan setahun la kan… so bila nak terjah kedai yang kasi offer diskaun 10% tu bro…. hik3x

  4. Lasagna grato terbaik! Cubalah hehe tu je saya akan order kalau pergi situ. Dulu sedap gila sebab owner grato ni yang masak. Tapi sekarang dah pakai tukang masak agak kureng sikit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *