in

Menu Udang Di Bubba Gump Shrimp


Sempena dengan sambutan ulang tahun perkahwinan yang kedua, malam semalam Hafiz dan wife telah menjejakkan kaki ke Restoran Bubba Gump Shrimp yang terletak di Sunway Piramid. Lokasi restoran yang bertemakan udang ini senang dicari kerana kedudukannya yang hanya bersebelahan dengan pintu utama Sunway Piramid.

Sinonim dengan nama dan tema restoran itu sendiri, majoriti makanan yang disenaraikan dalam menu sudah tentulah berasaskan udang. Dan oleh kerana ini merupakan kunjungan kali pertama, kami berdua telah memesan 300gram Shrimper’s Net Catch dimana ia merupakan menu udang yang digoreng khas bersama Bubba’s Garlic Spice dan juga Secret Recipe Cajun Spice.

Rasanya..Pehhhh..sedap hingga menjilat jari. Tidak dapat digambarkan betapa sedapnya sewaktu udang dimasukkan kedalam mulut, dapat dirasakan jus-jus daging udang yang segar setiap kali ia dikunyah. Sampaikan rasa macam menyesal pun ada sebab order sikit.

Antara makanan lain yang sempat kami jamah adalah BBQ Beef Back Ribs dan Shrimpin’ Dippin’ Broth. Dua-dua menu ini pun superb, cuma malangnya disebabkan terlalu fokus pada makan hinggakan kitorang terlupa untuk snap gambar.

Dari segi harga, ianya agak bersesuaian dengan standard restoran. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Bagi Hafiz kiranya berbaloi untuk datang dari Bandar Baru Bangi ke Bandar Sunway semata-mata untuk menikmati hidangan 300gram udang yang berharga RM29.90.

p/s: Die hard fan udang kalau datang sini memang heaven gila.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

28 Comments

Leave a Reply
  1. Bubba Gump nie aku tak pernah rasa lagi… tapi kalau ko letak gambar RIB tue confirm lagi ramai yang meleleh siot…..

  2. wahh pot baru utk jjcm ni, nmpk crunchy je udang, saya n hubby hantu butter prawn terliur pulak dah 😉

  3. saya suka jikalau udang dimasak sebegini dihidangkan tanpa kulit. Tidak perlu kotorkan tangan membuka kulitnya.

Leave a Reply to iAwani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *