Sempena dengan sambutan ulang tahun perkahwinan yang kedua, malam semalam Hafiz dan wife telah menjejakkan kaki ke Restoran Bubba Gump Shrimp yang terletak di Sunway Piramid. Lokasi restoran yang bertemakan udang ini senang dicari kerana kedudukannya yang hanya bersebelahan dengan pintu utama Sunway Piramid.
Sinonim dengan nama dan tema restoran itu sendiri, majoriti makanan yang disenaraikan dalam menu sudah tentulah berasaskan udang. Dan oleh kerana ini merupakan kunjungan kali pertama, kami berdua telah memesan 300gram Shrimper’s Net Catch dimana ia merupakan menu udang yang digoreng khas bersama Bubba’s Garlic Spice dan juga Secret Recipe Cajun Spice.
Rasanya..Pehhhh..sedap hingga menjilat jari. Tidak dapat digambarkan betapa sedapnya sewaktu udang dimasukkan kedalam mulut, dapat dirasakan jus-jus daging udang yang segar setiap kali ia dikunyah. Sampaikan rasa macam menyesal pun ada sebab order sikit.
Antara makanan lain yang sempat kami jamah adalah BBQ Beef Back Ribs dan Shrimpin’ Dippin’ Broth. Dua-dua menu ini pun superb, cuma malangnya disebabkan terlalu fokus pada makan hinggakan kitorang terlupa untuk snap gambar.
Dari segi harga, ianya agak bersesuaian dengan standard restoran. Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Bagi Hafiz kiranya berbaloi untuk datang dari Bandar Baru Bangi ke Bandar Sunway semata-mata untuk menikmati hidangan 300gram udang yang berharga RM29.90.
p/s: Die hard fan udang kalau datang sini memang heaven gila.
pehh..makan udang la plakk..
Biasa la bro..setahun sekali..haha
wah!!.masyuknya!!.. best dapat makan macam nie..romantik kot.
Masyuk tak masyuk kena bawak la bro..dah isteri request setahun sekali..hehe
Selalu jugak makan udang tapi yang free nya la.
Yang free punye lagi best.
Yummy.. malam2 terasa lapar pula nampak menu tu hehe..
Dekat je ngan rumah tu bro.hehe
Tahniah,semoga semakin mesra dengan isteri.
Terima kasih. 🙂
Buat aku terliur bila baca entri ni.. Pergh..
Kena pegi cuba bro.hehe
gatal kulit aku kalau makan udang banyak sangat…kekeke
Baru nak belanja ko makan udang banyak2..hahaha
Bubba Gump nie aku tak pernah rasa lagi… tapi kalau ko letak gambar RIB tue confirm lagi ramai yang meleleh siot…..
Itu la..bleh plak aku terlupa amik gambar rib tu..serius memang sedap.
nampak sodap lah bro. hidangannya macam dalam gamber ke…
Ni memang gambar hidangan bro..satu je sempat snap..yang lain terlupa..masuk perut baru teringat..hehe
udang saya makan sikit2..huhu..risau je ..
wahh pot baru utk jjcm ni, nmpk crunchy je udang, saya n hubby hantu butter prawn terliur pulak dah 😉
Sedap tau udang tu..fresh je..nyum2
Wah lama x pergi sunway…
klau dh tau ade kedai makan yg menarik dkat sana bley lah pegi nanti…
Pegi bro..senang je nak cari ni
Ia mengingatkan filem Forest Gump. 🙂
Memang bro..masuk restoran ni pun diorang pasang movie forest gump
saya suka jikalau udang dimasak sebegini dihidangkan tanpa kulit. Tidak perlu kotorkan tangan membuka kulitnya.
ohoo..ada eh restoran ni..cambest..gua suka nengok cite Forest Gump..:D
udang dia sedap wooooo