in

Menu Itali Di Pastamania KLIA2


Pastamania KLIA2, restoran yang menghidangkan variety masakan Itali. Actually ini merupakan kali pertama aku dan isteri makan disini. Itu pun secara tidak sengaja.

Pastamania KLIA2

Yelah, datang KLIA2 dengan niat asal hendak jalan-jalan makan angin saja. Tapi apabila terpandang restoran yang agak cantik lagi menarik, tiba-tiba perut kitorang seakan lapar untuk mencuba. Haha.

Di Pastamania, menu yang dihidangkan totally menu yang berasaskan masakan dari Itali. Hampir kesemua menu mungkin boleh didapati direstoran-restoran western yang lain cuma terdapat beberapa menu utama yang merupakan speciality mereka sendiri.

Jadi, untuk waktu itu aku dan isteri telah memesan Spaghetti Marinara dan Meat Lover Pizza. Manakala untuk minuman sekadar English Breakfast Tea dan Coke.

Meat lover pizza
Spaghetti Marinara

Secara jujurnya bagi pendapat aku, kedua-dua menu yang dihidangkan sangat menepati citarasa kitorang. Sedap hingga menjilat jari.

Sedap kauu!
Yummy!

Malah untuk pertama kalinya kitorang berdua dapat menghabiskan pizza yang bersaiz 7″ (small). Jika sebelum ini kalau kitorang ke Pizza Hut, kadang-kadang pizza yang bersaiz small pun terpaksa di”tapau” pulang. Kali ini, sampai berebut-rebut pula.

So, overall rating untuk restoran Pastamania KLIA2 ini, aku berikan 4 ½ bintang dari segi kebersihan, servis, dan kualiti makanan. Memang berbaloi-baloi kepada sesiapa yang berkunjung ke sana. Harga pun tidaklah semahal yang disangka, cuma RM47.70.

resit harga makanan
6% Gov tax or GST?
Pastamania KLIA2 - Family
We’ll be back!

Pastamania KLIA2 - scoreboard

Pastamania KLIA2 Coke
“Tanda X” geng Explorasa dah jejak kaki ke sini.

p/s: Isteri cakap nak ajak datang makan kat sini lagi kerana semasa kitorang makan tempoh hari, Khair tidur.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. Menarik.. Sekali sekala boleh juga merasai kelainan berbanding Pizza Hut… kalau ada masa pergi ke KLIA 2 nanti boleh singgah makan Pizza dekat sini…

  2. whoaaa….. korang dah siap makan pulak yea…. aku tunggu waktu free baru nak JJCM…. nanti ko share la pulak kegilaan pompuan shopping kasut kat Jelly Bunny tu….hehehehe

  3. makananan sedap, servis elok, harga pun berpatutan..memang puas hati sangat sampaikan isteri nak ajak lagi sekali.

  4. Waaa terbaik ni….best la sharing pasal tempat makan ni

    ssebab akak suka makan tapi males masak sikittt (tutup mukeee…sian suamiku)

    tqvm HR 🙂

  5. Saya suka sangat makanan ala-barat ni..terima kasih dengan review, nanti akan saya ajak suami dan anak2 serbu Pastamania…

    *aii makcik posa ni..

  6. Salam berkenalan, best jugak tgk menu kt sana, tapi psl saya kt johor ni jadi telan air liur je la… ; ) Kalau end of the year gi holiday Insya Allah boleh singgah sana… ; )

  7. stressla ni tengok makanan sedap n halal yg senang nak dapat kat Malaysia… terpaksa termeliurkan diri je la… haiishh

  8. Memang sedap..dulu pergi dengan kawan secara tak sengaja masuk kedai tu sebab lapar..kami pun cuba order..blik rumah cari kat bahagian k.l kot ada ke dekat sikit..cari pergi tak ada dah tutup..frust gila..satu2 nya pastamania dekat klia2 jela..harapan btul nak pergi lagi skli..kempunan lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *