in , ,

Menu Eksklusif Buffet Ramadan Hilton Petaling Jaya


Bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan makanan. Sebut je nak makan apa, memang kiri kanan ada orang jual. Lebih seronok lagi, banyak tempat yang menawarkan buffet-buffet ramadan yang menarik untuk kita berbuka puasa bersama rakan-rakan ataupun saudara mara.

Tak ketinggalan untuk mula mengorak langkah dalam mempromosikan buffet Ramadan untuk tahun 2018 adalah Hilton Petaling Jaya apabila semalam aku dan beberapa rakan blogger dipanggil untuk mencuba menu-menu buffet Ramadan yang bakal ditawarkan kelak.

Buffet Ramadan Hilton Petaling Jaya

Dengan mengetahui namanya saja sudah dapat diagak bagaimana kualiti makanan yang disediakan. Sebuah hotel bertaraf 5 bintang, mesti bukan menggunakan chef yang bukan calang-calang orangnya.

Kunjungan kali pertama ke hotel ini disambut mesra oleh penyambut tetamu yang kemudiannya menunjukkan arah laluan apabila bertanyakan tempat buffet Ramadan bakal diadakan.

Restoran Paya Serai, itulah nama restoran di hotel Hilton Petaling Jaya ini yang akan menawarkan buffet Ramadan yang bertemakan “Jom Makan” pada tahun ini.

Melangkah masuk kedalam restoran ini, tetamu disambut oleh susunan makanan yang menggiurkan yang mana terdapat pelbagai kategori makanan yang boleh dipilih sama ada yang bermenukan masakan melayu, cina, india, jepun, arab ataupun barat turut disediakan.

Diantara menu yang paling menjadi tarikan semua orang adalah kambing bakar. Uniknya disini apabila kambing di Hilton Petaling Jaya ini turut disediakan siap-siap bersama nasi beriani.

Tengok gambar.. diletakkan seekor kambing bakar diatasnya. Wow.. presentation yang sangat menarik.

Baby Haziq pandang apa tuuu? Hehehe

Semua ceruk tempat yang menyediakan makanan dijejaki, sempat juga aku merakamkan beberapa keping gambar untuk dijadikan perkongsian dalam blog.

Sup gearbox
Satay yang dibakar panas-panas

Ketupat, lemang, rendang dan juga serunding adalah menu wajib ada apabila tibanya bulan Ramadan.

Tak kurang juga pencuci mulut dan pelbagai jenis minuman.

Pendek kata, pilih saja daripada 150 jenis makanan yang dihidangkan disini, pengunjung boleh makan sampai kenyang.. sehingga dirasakan berbaloi dengan harga yang dibayar.

Sekadar untuk makluman, harga buffet Ramadan di Hilton Petaling Jaya ini bermula daripada RM169 nett/seorang dewasa, manakala RM89 nett/seorang kanak-kanak untuk 3 hari pertama Ramadan.

Seterusnya, harga akan berubah kepada RM189 nett/seorang dewasa dan RM99 nett/seorang kanak-kanak pada minggu-minggu berikutnya.

Kemudian, harganya akan kembali kepada harga permulaan asal iaitu RM169 nett/seorang dewasa dan RM89 nett/seorang kanak-kanak pada 3 hari terakhir Ramadan.

Angklung live performance.. sambil makan, dengar alunan muzik tradisional. Seronok betul.

Akan tetapi.. dengan harga yang ditawarkan, adakah korang merasakan ia mahal?

Mungkin jawapan korang adalah “ya”. Tapi, TIDAK bagi aku kerana apabila korang dihidangkan dengan makanan yang berkualiti “first class”, sudah semestinya ia satu benda yang boleh memuaskan hati mereka yang datang menjamu selera disini.

Itu belum lagi ditambah dengan beberapa food truck yang juga termasuk dalam senarai penyedia makanan, dan salah satunya adalah “Durian Station” yang menyediakan durian gred tinggi. Udang merah? Yummy! Berbaloi-baloi kaklong oi!

Sesudah perut penuh diisi, solat jangan dilupakan pula.

Sekiranya korang tertanya-tanya, dimanakah terletaknya surau di hotel Hilton Petaling Jaya?

Jawapannya adalah di aras 1, yang mana surau yang dimaksudkan itu menyediakan ruang solat lelaki yang dianggarkan boleh memuatkan sehingga 50 jemaah dalam satu masa.

Besar, bersih, dan selesa. Ini baru betul. 🙂

Maka, dengan sedikit perkongsian info yang aku kongsikan ini.. sekiranya korang berminat untuk membuat tempahan buffet ramadan Hilton Petaling Jaya, korang bolehlah menghubungi pihak restoran Paya Serai di talian 03-79559122. Ataupun untuk info yang lebih lanjut, layari laman web mereka di www.zestPJ.com.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *