Satu yang aku suka tentang Bangi Golf Resort bilamana kalau nak dekat bulan Ramadhan, mereka antara yang terawal menghantar jemputan pada aku untuk datang food review Buffet Ramadhan.
Alasan dibuat sebegini kerana mereka ingin mendapatkan feedback berkenaan masakan-masakan buffet ramadhan yang bakal ditawarkan oleh mereka kepada pelanggan-pelanggan di bulan puasa nanti.
Terletak di tengah-tengah Bandar Baru Bangi, Bangi Golf Resort ini menyediakan ruang parking yang cukup besar. Setiap tahun, boleh dikatakan kunjungan pelanggan untuk berbuka puasa disini sangat ramai dek kerana menunya yang menarik, sedap serta murah.
Kunjungan aku ke food review Buffet Ramadhan dinantikan dengan rasa tidak sabar untuk mencuba. Ini kerana difahamkan bahawa menu-menu yang disajikan tahun ini telah di-upgrade bagi memberi kepuasan kepada pelanggan.
Buffet Ramadhan Bercirikan Masakan Popular Ala Melayu, Barat dan Timur
Setibanya aku di lokasi, dapat dilihat lambakan menu-menu baru bagi buffet Ramadhan resort ini.
Dimulakan dengan hidangan-hidangan utama seperti..
Kemudian diikuti dengan pencuci mulut yang sememangnya menjilat jari. Yumm..yumm.. yumm.
Tidak ketinggalan juga, menu-menu tambahan lain yang bakal mengisi ruang kosong didalam perut korang, termasuklah..










Seriously, dah sampai sini memang rambang mata korang nak pilih makan apa kerana menu-menu ini sememangnya nampak menggiurkan.
Eh chop! Bukan nampak je, tapi bila makan memang sedap okay. Hohoho
Jadi, rasanya kalau Ramadhan tahun ini puan isteri penat nak masak, berkemungkinan besar aku akan ajak dia datang berbuka disini berkali-kali. Sebab dekat dengan rumah, lagipun makan pun sedap. Hee.
By the way, buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort tahun ini dilengkapi dengan hidangan buffet buah durian. Jika korang merupakan hantu durian, silalah terjah kesini untuk sama-sama berbuka puasa kemudiannya melantak durian hingga kenyang. Harga buffet adalah RM28 nett untuk seorang kanak-kanak dan RM58 nett untuk seorang dewasa. Manakala jika korang datang by group, harga lebih murah akan dikenakan iaitu RM22 nett untuk seorang kanak-kanak dan RM49 untuk seorang dewasa.
Telefon: 03-89253728 / 03-8210 2288
Email: sales@bgrrest.com
Website: www.bgrrest.com
Facebook: Bangi Golf Resort
Instagram: @bangigolfresortofficial
Tahun ni mesti pergi try dari dulu ada azam tapi tak ter-pegi2x lagi…hahaha.. harga pun memang berbaloi la dengan bermacam2x makanan ada.
Wahhhh. Menu2 dia menyelerakan sungguh 😀
Makan menu buffet ramadhan sebelum bulan ramadahan
.
Hehe
.