in

Menipu Jual Durian


Terkena lagi aku malam ni. Niat dihati nak bagi keluarga makan durian yang sedap-sedap, bertukar jadi insiden yang tak menyeronokkan.

Empat biji durian Udang Merah dengan harga RM50. Asalnya apa yang terlintas difikiran adalah isinya yang kekuningan serta rasanya yang lemak-lemak manis.

Tetapi setelah sampainya dirumah. Nah, lain jadinya..

Patutlah semasa akad jual beli dilakukan si penjual enggan memperisikannya didalam bekas polisterin. Alasan yang diberikan adalah bekas polisterin dah habis, padahal dekat hujung meja ada lagi yang tak digunakan.

Hmm..Rupa-rupanya ada udang disebalik batu. Hampir dua per tiga daripada keseluruhan isi durian rosak dimakan ulat. Tak kurang juga ada yang dah hitam dan masam.

Dalam hati rasa marah membuak-buak. Nak dimaki je si penjual durian tadi. Cuma nasib baik fikiran masih waras, masih lagi anggap ianya bukan rezeki untuk hari ni.

Ini je yang okay
Ini je yang okay

Tapi, terus terang aku katakan..aku serik. Terlalu serik ditipu oleh peniaga durian yang sebangsa dengan aku, lebih-lebih peniaga durian di pasar malam fasa 1 Bandar Baru Bangi.

Next time..Aku lebih rela menghabiskan minyak kereta ke Soon Huat Durian Market. Tempat yang pernah jadi port aku dan isteri untuk makan durian.

p/s: Tak rasa bersalah ke makan duit hasil daripada menipu orang lain?


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. iyelah.. nampak sangat mcm durian gred rendah
    tak padan sungguh dengan harganya

    tak baik menipu.. bukan boleh kaya raya pun, percayalah

  2. Akupun tertipu hari ini. Beli durian 3 biji. 1 biji dah masak yang 2 biji lagi muda – blm masak. Yg 1 biji masak tu pun 3 ulas isinya tak dapat di makan. dah rosak, berulat dan masam…

  3. Kesiannya. Lepas ni ingatlah, kalau nak belik durian and org tu takde bekas, tak payah beli. Durian ni kalau tak pandai pilih, memang senang je kena tipu. Susah-susah, beli je kat giant.

  4. Owh bangsaku. Bangsa lain pun ada yang menipu juga. Tapi kalau terkena dengan bangsa sendiri yang menipu tu satu bonus untuk lebih sakit hati kan..

    Nanti kalau jumpa lagi dengan penjual tu ambik gambar dan bagitau dia penipuan pakcik dah tersebar kat mukabuku.. bagi link blog sekali.. kot2 dia nak sujud mohon maaf.

  5. susah juga kan, beli durian kalau macam nih. lain kali kena minta orang tu buka dulu baru puas hati dan tak kena tipu.
    apalah salahnya kalau peniaga tu berterus terang jer beritahu durian tuh da tak elok ker… dan jual dengan harga yang lebih murah… sudah tentu ada juga orang yang nak beli durian tu nanti…

  6. :),kenapa encik x cek dahulu buah durian tu.kulit luaran pun dah hint x elok.pekebun durian mn d dunia ni yg mahukan hasil tanaman buahnya tidak baik?peniaga mn yg mahukan hasil jualannya tidak baik?pembeli mana yg mahukan hasil beliannya x baik?sebenarnya saudara scr x langsung protes kpd pencipta durian itu.tu smua ujian dariNya.walahualam..

    • Sebagai pembeli encik pasti mengharapkan yang terbaik. Saya tak protes ciptaan tuhan, cuma apa yang di highlightkan disini adalah kejujuran dalam berniaga. Silap saya kerana percayakan penjual tersebut 100%.

  7. waduh sayang sekali ya sudah mahal duriannya jelek, menurut saya kalau beli durian bisa minta di buka di tempat dan dibungkus kotak plastik

  8. Beli buah durian sama dengan beli kucing dalam karung …
    Yang sabar, semoga Allah mengganti kerugian anda dengan sesuatu yang lebih baik …

  9. Bro kalau nk pilih durian, bro akan mintak dorang kopek sikit bagi tengok isinya dan bro akan calit sikit untuk rasa.

    cara terbaik…

    tanya mereka durian itu dari mana… selalunya durian perak, johor atau pahang. dan durian ini semuanya lain2 musimnya.

    Kalau time tue tengah musim durian perak.. tp peniaga cakap durian johor… nampak sangat penipuan dah nyata jelas disitu..

  10. Nampaknya next time kena makan terus kat kedai la baru puas hati…. tapi tindakan peniaga nie tak ke mana pegi nya…..

Leave a Reply to man Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *