Sebenarnya tak ada perancangan langsung untuk makan murtabak. Tapi memandangkan ada banyak masa terluang di Johor tempoh hari, aku minta wife untuk Google apa yang sedap untuk dimakan di sini.
Tanpa sengaja ia membawa kepada entri yang diterbitkan oleh rakan karib sendiri yakni Sohoque di blognya, Explorasa.my. Ia berkisahkan tentang Murtabak Majid Special Cheese No 1 di Kampung Kurnia, JB.
Dek kerana terpengaruh dengan review yang ditulis, aku dan wife membuat keputusan ke gerai yang dimaksudkan. Jika dikira jarak dari homestay Okish Edge kesana, ia melebihi jarak 20km yang mana jika dianggarkan ia seumpama memandu kereta dari KL ke Bangi. Masa yang diperuntukkan adalah dalam lingkungan 30 minit.
Mengiyakan juga apa yang diterangkan oleh blog rakan aku itu, setibanya disana didapati gerai Murtabak Majid Special Cheese No 1 ini sememangnya terletak di bahu jalan.
Situasi yang sama berlaku seperti di Zoo Johor dan Restoran Banafee, maka sekiranya pengunjung datang ke sini mereka perlu mencari tempat yang sesuai untuk diletakkan kereta supaya tidak dilanggar orang atau menghalang lalu lintas.
Keunikan Dan Keenakan Murtabak Majid Special Cheese No 1
Pertama kali menjejakkan kaki ke sini aku agak kagum kerana dengan menu murtabak cheese nya saja ia mampu membuatkan gerai ini gah dikenali ramai.
Oleh kerana ingin merasai sendiri keenakan murtabak cheese yang popular ini, murtabak cheese special menjadi pilihan kami sekeluarga.
First impression, dari segi luaran ia kelihatan seperti murtabak singapore. Namun, jika dilihat dari dekat dan selepas ditarik sedikit potongannya, banjiran cheese dapat dilihat.

Suapan pertama membawa kepada suapan yang kedua, dan suapan yang kedua membawa kepada suapan yang seterusnya. Well, jujur aku katakan.. dengan keenakan yang sebegini, memang tepat sekali dengan tagline mereka Murtabak Majid Special Cheese No 1 di Johor.
Bahkan boleh dikatakan sepanjang hidup aku mengenali murtabak, murtabak special cheese di kedai Majid ini adalah yang terbaik diantara yang terbaik.
Dengan harganya serendah RM7 yang aku boleh kategorikan mampu bayar, sejujurnya menu ini juga seperti seafood di Senibong dan Mee Rebus Tulang Restoran ZZ yang diklasifikasikan sebagai menu wajib makan jika bercuti di Johor.
Supaya memudahkan korang ke sana, aku kongsikan peta yang diambil daripada Google Maps untuk dijadikan rujukan.
Berdasarkan pengalaman membeli beberapa keping murtabak sejuk beku, ia mampu bertahan seharian selepas dikeluarkan daripada peti. Dengan syarat, ianya dibungkus dengan kain tebal ataupun selimut untuk mengelakkan sejuknya itu hilang.
Nota: Aku guna pakai tips diatas kerana aku check out homestay jam 10.00 pagi, kemudian masuk Legoland daripada pagi hingga ke petang sebelum berangkat pulang ke Bangi. Murtabak aku bungkus dengan selimut, letak dalam locker yang disewa. Sampai Bangi jam 9.00 malam, murtabak sejuk beku masih sejuk dan masih terasa sedikit beku. Heee.
demmm.. terpaksa aku komen entri ni sbb ada sebut explorasa.. hurmmm..!!!
sbb tak der security bagai nak kena isi dan tick utk komen, aku komen sekali lg.. hehehe