Alang-alang dah bercuti, badan dah penat pun digagahkan juga pergi ke tempat yang menarik kan.
Lebih-lebih lagi bila perut dah menyanyi-nyanyi minta diisi.
Trip ke Johor tempoh hari, diluangkan dengan aktiviti mencari mee rebus tulang di sekitar Johor Bahru.
Google punya google, rupa-rupanya berdekatan dengan hotel Swiss-Inn yang kami menginap ada sebuah restoran yang cukup popular dengan menu tersebut.
Restoran yang diberi nama Restoran ZZ Sup Tulang.
Terletak betul-betul di bandaraya JB, lokasinya hanyalah <3km daripada hotel Swiss-Inn.
Seperti biasa, sampainya di lokasi.. gambar check-in dulu sekali sebagai kenang-kenangan kami telah sampai ke sini. Hehehe.
Persekitaran restoran ini agak unik kerana ia memberikan suasana desa. Dan yang paling seronok, ada ruang makan untuk kita duduk bersimpuh/bersila.
Menu yang dipesan pada malam itu, tak lain tak bukan.. makanan popular mereka iaitu mee rebus tulang.
Dengan dagingnya yang empuk dimasak dengan sebati, tertanggal seurat demi seurat isi dagingnya daripada tulang, dan rasa kuahnya yang cukup masam masin manis, kiranya memang tak rugi bila korang berkunjung ke sini.
Tengok ni haa.. licin ko.
Segala isi dalam tulang habis disedut keluar. Kalau bukan kerana tulang ni keras, mungkin aku mamah juga telan sampai habis. Hahaha.
Secara keseluruhannya, menjamu selera disini sangat memuaskan hati. Dengan harganya yang agak berpatutan.. InshaAllah, jika berkunjung lagi ke JB, restoran ini bakal menjadi port wajib kami untuk mengisi perut.
Jadi.. Kalau korang rasa nak cuba juga mee rebus tuang yang sedap ini, boleh lah datang ke sini ya.
Hasil carian info mengenai Restoran Sup Tulang ZZ ini.. aku dapati ia dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga ke 1.00 pagi. Dan, untuk lokasinya korang boleh rujuk peta dibawah.
Kalau korang tercari-cari hotel yang berdekatan dengan restoran mee rebus tulang ni, boleh cuba hotel Swiss-Inn. RM200+ je per night untuk Cosy 2 bedroom. Boleh share 4 orang (ada 2 bilik yang berasingan), kiranya macam rumah flat bersaiz kecil.
Menariknya mee rebus tulang ni.. kawasan pun santai.. sesuai utk bawa keluarga mkn dkt sini.. 😉
Okeh..ini kejam..mohon amik details utk rujukan waze..huhu…
Nampak nya pun memang menyelerakan, suasananya pun cantik. Terbaik 🙂
suka dengan konsep santai yang ada direstoren ini..
tersorok gak yer tempatnya…nasib ada google view
Mmm… Nampak menyelerakan Mee Rebus tu… Siap ada straw lagi..!!
aduh.
geram plak tengok tulang-tulang tu.
wat sup sedap tu.
Nampak sedap sekali mie rebus tulang tu … Jadi kepingin makan …