in ,

Menikmati Itik Panggang Halal di Cyberjaya


Burppp.. Alhamdulillah, kenyang. Nampaknya tak sia-sia start kereta daripada Bandar Baru Bangi ke Cyberjaya semata-mata nak menikmati wantan mee yang berlaukkan itik panggang.

Tangkap leleh weh.

Kalau ikutkan, aku bukanlah penggemar tegar makanan yang bermenukan itik, tapi bila dah diajak oleh member-member untuk lepak di restoran yang agak “rare“.. dah tentulah aku tak boleh menolak kan.

Restoran yang aku kunjungi ini diberi nama Roast Kitchen, terletak di aras G, Shaftsburry Square.

Roast Kitchen Cyberjaya

Actually, kalau korang follow blog aku, korang akan perasan sebenarnya lokasi restoran ini adalah tidak jauh daripada restoran seafood Crab Hut yang pernah aku pergi dulu (boleh kata sini banyak gila kedai makan).

Roast Kitchen yang berkonsepkan kopitiam, menawarkan 2 menu utama iaitu mee wantan dan juga nasi putih. Ia boleh dipilih untuk dinikmati bersama itik panggang ataupun ayam panggang.

Nasi Itik

Mee Wantan & Itik Salai
Pilihan aku, dah tentulah.. Itik!

Yummy!

Itik, kalau nak dibandingkan dengan ayam, sebenarnya daging itik lebih sedap sebab isinya lebih manis.

Kalau korang tak percaya aku kata sedap, pergi tengok kedai cina.

Mostly restoran cina akan sediakan menu itik, dan rata-rata juga tahu bahawa orang cina kalau bab makan mesti nak cari makanan yang sedap je. Betul tak? Hehehe.

Itik Halal Roast Kitchen

Tapi bilamana aku sebut restoran cina ada tawarkan menu itik, bukanlah bermaksud restoran yang aku pergi ni menggunakan itik yang sama.

Untuk pengetahuan korang, tokey restoran ini adalah orang melayu dan sudah semestinya juga sumber itik yang dimasak itu datangnya dari sumber yang halal.

Tak caya, tengok ni..

Sijil Pemprosesan Halal Roast Kitchen

Sijil penyembelihan halal. Boleh makan tanpa was-was.

Di Roast Kitchen ini juga, selain menawarkan 2 menu utama yang aku kongsikan tadi, turut juga menyediakan menu sampingan.

Diantaranya ialah Chrispy Mantao with Roast Duck dan Yau Mak (order dua ni je.. banyak-banyak nanti tak habis).

Mantao

Mantao, bagi korang yang tak pernah makan, anggap je makanan ini seperti pau goreng. Boleh dipilih untuk menikmati mantao yang ada inti daging itik, ayam ataupun kosong je. Harganya cuma RM8.80/set.

Manakala, Yau Mak adalah salad yang dimasak dengan kicap masin. Harganya RM6.50.

Salad

Air Kordial
Air? Layan air kordial sejuk pun cukup dah.

So far, dengan semua menu yang dipesan ini. Semua habis dimakan dan.. Boleh aku katakan bahawa makanan yang dihidangkan memang menepati citarasa aku.

Bukan sahaja kerana daging itiknya yang sedap dan diperap dengan sempurna, tetapi harganya juga berpatutan. Hohoho.

Roast Kitchen_Restoran Itik Halal

Jadi, korang kalau nak merasa daging itik yang sedap juga halal, aku sarankan korang datang kesini. Sambil-sambil menikmati WiFi percuma, makan sambil berdiskusi pun boleh. Tokey cakap takde hal punya. Hehehe.

Roast Kitchen
Unit P1-23 Shaftsbury Square
Persiaran Multimedia Cyber 6
Kuala Lumpur
03-8322 1087
roastkitchen@gmail.com
www.facebook.com/roastkitchen

Isnin – Jumaat: 11:30 pagi – 9:00 malam
Sabtu: 11:30 pagi – 8:00 malam


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

23 Comments

Leave a Reply
  1. wantan mie tak berapa suka. tapi itik tu suka.. itik kwek kwekk.. hehehe. Lagipun lisa bukan mnat ayam sgt… itik lagi sedap weyy

  2. Jarang-jarang kita bisa menemukan rumah makan menu itik, bisa dicoba besuk kalau ke Borobudur 🙂

    terima kasih infonya pak 🙂

  3. wahh…
    saya paling suka dengan yang namanya ayam panggang, apalagi setelah liat gambarnya, jadi makin ngiler aja nih…
    mantap banget dehh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *