in

Mencegah Demam Denggi


Demam denggi, bukan sesuatu perkara yang boleh dipermainkan. Jika kena pada gayanya boleh membawa maut.

Puncanya datang daripada spesis nyamuk yang diberi nama nyamuk aedes. Untuk mengenal pasti nyamuk jenis senang sahaja, kaki dan abdomennya berbelang hitam putih.

nyamuk aedes

Ia datang tanpa mengira waktu siang ataupun malam.

Disebabkan itu, langkah berjaga-jaga perlu diambil. Lebih-lebih lagi bagi kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan denggi, seperti kawasan perumahan aku yang baru-baru ini diberitahu ada kes denggi.

Langkah-langkah pencegahan termasuklah:

  • Penggunaan kelambu semasa tidur
  • Penggunaan penghadang nyamuk pada tingkap-tingkap
  • Penggunaan ubat nyamuk
  • Penggunaan baju tidur berlengan dan seluar panjang

Tak cukup dengan itu sahaja, bagi sesiapa yang sememangnya menjadi kegemaran sang nyamuk..boleh menggunakan mosquito repellent.

spray anti nyamuk_mosquito repellent

Ini merupakan cara termudah untuk menghindarkan diri daripada dihinggap dan digigit nyamuk durjana.

p/s: Khair wajib guna mosquito repellent, kalau tidak..bangun pagi mesti kaki bintat-bintat kena serangan nyamuk.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

9 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *