Menangi 3 iPad Mini Di Spritzer+Fibre Viral Video Contest

Korang semua suka hadiah kan? Bagus. Ini ada satu berita baik untuk korang.

Sempena dengan kempen mempromosikan Spritzer+Fibre, baru-baru ini pihak Spritzer Malaysia dengan berbesar hati telah menganjurkan satu contest mudah buat korang semua.

Spritzer+Fibre contest

Contest yang dinamakan Spritzer Fibre Viral Video, dimana ia hanya memerlukan korang untuk menonton video pendek mengenai perbezaan pendapat dan juga tingkah laku diantara lelaki dan perempuan tentang beberapa situasi, kemudian menjawab soalan-soalan yang diberi berdasarkan video tersebut.

Mudah.. sangat mudah dan sememangnya mudah. Lihat saja video yang dimaksudkan dibawah:

Jawapan yang dicari secara terang-terangan disediakan didepan mata. Apa yang perlu korang lakukan untuk memenangi hadiah-hadiah berupa 3 unit iPad mini, 5 unit Olympus Tough Camera Series dan 10 unit bagasi ini, hanyalah dengan memasukkan sahaja jawapan-jawapan yang diberikan melalui video tersebut  ke dalam applikasi Facebook yang telah disediakan.

Antara soalan yang dikemukakan
Antara soalan yang dikemukakan

Oops.. Tetapi sebelum korang menjawab soalan, pastikan dulu korang tak lupa untuk Like dulu fanpage Spritzer+Fibre. Tak dilupakan juga, setiap kali ingin menjawab soalan, pastikan korang masukkan sekali nombor siri yang boleh didapati di mana-mana botol Spritzer+Fibre yang bertarikh dari bulan April 2014 dan seterusnya. Kerana, 2 perkara ini ialah 2 perkara yang paling penting dan wajib dilakukan.

Spritzer Fiber FB

 

Serial code seperti diatas
Serial code seperti diatas

Tanpanya, manakan mungkin korang boleh submit jawapan-jawapan tersebut walaupun betul. Dah nama pun kempen Spritzer+Fibre melalui applikasi Facebook, kena lah support product dan fanpage mereka dulu kan. Hehehe.

Untuk pengetahuan korang, contest ini akan berlangsung selama 6 minggu dimana soalan akan dikeluarkan setiap minggu bermula dari tarikh 1hb Jun 2014 dan diakhiri pada 13hb Julai 2014. Setiap peserta perlulah menjawab soalan setiap minggu dengan tepat bagi memperoleh markah yang tertinggi dan sekiranya ada peserta yang tertinggal akan soalan-soalan yang sebelumnya, mereka masih boleh menjawab soalan tersebut.. cuma markah bagi soalan itu dikurangkan dari jumlah asalnya.

Sekadar infografik mengenai perbezaan antara jantina:

Infografik Spritzer Fibre-Man vs woman

Infografik Spritzer Fibre-perbezaan pendapat wanita dan lelaki

Infografik Spritzer Fibre

 

So, apa tunggu lagi? Jom cepat-cepat join contest ni. Beli Spritzer+Fibre dan hantarkan penyertaan masing-masing. Sape yang join lambat rugi, sebab markah tak akan dapat full nanti. Hehehe.

p/s: Jangan risau, air Spritzer dah diakui kebersihannya. Sila rujuk artikel lawatan ke kilang Spritzer kalau tak percaya.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

5 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belon Panjang Bentuk Ular

Tempahan Sampul Duit Raya Dibuka