Yeah.. Musim mata panda dah bermula, Piala Dunia 2014. Satu temasya sukan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh pelusuk dunia.
Sepanjang tempoh 1 bulan ini yang bermula dari 12hb Jun hingga 13 Julai 2014, sebanyak 32 buah negara akan berentap untuk merebut piala yang paling berprestij ini. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara? Ahaa.. Itu akan diketahui kelak.
Seperti yang telah diketahui umum, tahun ini buat kali keduanya Brazil telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan Piala Dunia. Sebanyak 12 buah stadium berlainan lokasi telah disediakan bagi mempamerkan perlawanan-perlawanan bola yang semestinya menggamit suasana.
Bukan itu sahaja.. Untuk memeriahkan lagi temasya sukan ini, pihak penganjur juga telah mengeluarkan satu contest yang cukup menarik bagi peminat tegar sukan bola sepak, iaitu contest Piala Dunia 2014.
Contest ini yang terbahagi kepada dua pilihan kategori sama ada korang boleh memilih untuk turut serta dalam kategori “pusingan kumpulan” dan juga “pusingan kalah mati 16 pasukan, suku akhir, separuh akhir dan akhir”, menawarkan hadiah yang cukup rare dan lumayan, iaitu:
Hadiah Contest Pertama #1 Piala Dunia FIFA 2014
- Hadiah 1 – 60 : T-shirt (e-Gift Certificate bernilai USD100)
- Hadiah 61 – 161 : Bola Sepak (e-Gift Certificate bernilai USD50)
Hadiah Contest Kedua #2 Piala Dunia FIFA 2014
- 1 x Hadiah Pertama berupa tiket penerbangan untuk 2 orang (Business Class) + Penginapan 7 Hari, 6 Malam + Elaun Makan USD 1,000 samada ke Macau atau Rio de Janeiro atau London mengikut pilihan pemenang.
- 1 x Hadiah Kedua berupa tiket penerbangan untuk 2 orang (Economy Class) + Penginapan 7 Hari, 6 Malam + Elaun Makan USD 500 samada ke Macau atau Rio de Janeiro atau London mengikut pilihan pemenang.
- 20 x Hadiah Ketiga berupa satu unit kamera Canon E06 6D atau Nikon D5300 atau MacBook Air atau MacBook Pro mengikut pilihan pemenang.
- 15 x Hadiah Keempat berupa iPhone 5C atau Xbox One dengan Fifa 14 Game atau Go Pro Hero 3+ Black Edition mengikut pilihan pemenang.
- 50 x Hadiah Kelima berupa iPod Nano atau Nike Sport Watch mengikut pilihan pemenang.
- 60 x Hadiah Keenam berupa T-shirt (e-Gift Certificate bernilai USD100)
Nampak menarik bukan? Dek kerana tertarik dengan hadiah yang ditawarkan, aku sendiri pun dah mendaftar pagi tadi. Walaupun agak terlewat beberapa jam, niat dihati kalau tak dapat hadiah percutian ke London pun.. Cukup lah sekadar dapat T-shirt. Barang rare siapa lah tak nak kan?
Untuk menyertai contest ini, mudah sahaja. Syarat Contest Piala Dunia FIFA 2014 adalah seperti berikut:
- Umur mestilah 12 tahun keatas
- Login dan melakukan pendaftaran di laman web Brazil.com
- Menjawab soalan ramalan di bahagian Bonus Questions
- Membuat ramalan jumlah jaringan bagi setiap perlawanan (selewat-lewatnya 15 minit sebelum perlawanan bermula dan hanya 2 kali pertukaran ramalan dibenarkan)
- Pilih salah satu daripada keseluruhan perlawanan sebagai “Joker Ball” ( Untuk menggandakan markah yang diperolehi daripada sesuatu perlawanan itu)
Terlepas nak submit game semalam sebab lambat register.. Rugi - Mengutip mata sebanyak yang mungkin melalui ramalan yang telah dibuat untuk memenangi hadiah
Dan untuk peraturan dan cara pemainan untuk contest-contest tersebut pula, adalah:
- Contest Pertama bagi pusingan kumpulan akan bermula dari 25 Mei 2014 sehingga 26 Jun 2014.
- Contest Kedua bagi pusingan kalah mati 16 pasukan, suku akhir, separuh akhir dan final pula akan bermula dari 27 Jun 2013 sehingga 13 Julai 2014.
- Semua tarikh dan masa perlawanan yang digunakan adalah mengikut waktu Brazil.
- Cara pengiraan mata:
- 7 mata – meneka dengan tepat jumlah jaringan bagi pasukan yang menang dan juga yang kalah.
- 3 Mata – meneka dengan tepat pasukan mana yang akan menang atau seri.
- 1 Mata – meneka dengan tepat perbezaan gol dengan syarat dapat meneka dengan betul pasukan mana yang akan menang.
- 1 Mata – meneka dengan tepat jumlah jaringan samada pasukan yang menang atau pasukan yang kalah.
Perlu diingatkan, matlamat utama bagi setiap peserta adalah untuk mengumpul seberapa banyak mata yang boleh hasil daripada ramalan setiap perlawanan. Jumlah mata yang telah terkumpul dalam Contest Pertama tidak akan dibawa ke Contest Kedua.
Haa.. So, tunggu apa lagi? Game dah start, contest pun dah start, hadiah gempak-gempak, rugi kalau tak daftar cepat-cepat. Hilang point maa..
Geng-geng TeamWork semua dah ada pasukan pilihan masing-masing.
- Denaihati – German
- Fauzi – Spain
- Shakiddo – Spain
- Melastik Bintang – Spain
- Anarm – Belgium
- Eyriqazz – Brazil atau Spain (Lalang ni, tak tetap pendirian.. hahaha.)
- Sohoque – German atau Argentina (Lalang juga ni)
- Hazman Fadzil – Jepun (Sebab Thomas Cup Jepun menang katanya)
- Eizil – Tunggu mana-mana yang masuk semi final
** Jangan marah ek geng.. Gurau-gurau je. :p
Dan aku pula? Dah tentulah pasukan champion.. Brazil. Tuan rumah lah katakan. Mesti menang punya. Kalau tak percaya, korang tunggu lah final nanti. Hehehe.
Nota: Semua syarat dan peraturan adalah olahan semula daripada Rules & Regulations yang dipetik daripada Brazil.com. Untuk lebih memahami dengan lebih jelas mengenai contest ini, adalah disarankan kepada korang semua untuk mendaftar sebagai peserta, dan segala maklumat (termasuk ranking peserta) akan dipamerkan di dashboard masing-masing.
p/s: Kat pejabat dah ada yang muka tak cukup tidur. Hohoho
go go go Spain!!!
hoho..semua dok cite pasal world cup ehh sekarang.
Biasa la..musim demam bola. Aku tengok yang best je la. Hahaha
go go go German. London aku datang….
rugi tak join oooo.
Aku pun join…
Go go german..
Kawe sokong Holland sbb MUFC connection. Tapi rasanya Argentina akan menang tahun ni.. Rasanya lah.
Masing masing sokong german.. Nak kan keajaiban berlaku..
Go Brazil…Go Julio Cesar….
team mana aganya yang menang
brazil is my favorite team…bravo