in ,

Membeli Sambil Menang Hadiah Di Pinwheels.My


Mudahnya zaman sekarang, pelbagai jenis kedai online tersedia bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tidak perlu bersusah payah lagi ke kedai untuk membeli apa jua jenis barangan sekali pun. Hanya dengan beberapa klik sahaja menerusi laptop ataupun smartfon, barangan yang dipesan akan tiba dihadapan pintu rumah.

Yang terbaru adalah Pinwheels.My, laman web jualan online yang memfokuskan kepada penjualan pakaian kanak-kanak. Bersesuaian dengan harga dan jenis pakaian comel-comel yang ditawarkan, ianya menjadi satu kedai online yang harus dan disarankan kepada sesiapa sahaja untuk membeli belah terutamanya golongan ibu-bapa berkerjaya yang mempunyai masa terhad untuk keluar membeli belah bersama anak-anak.

pinwheels.my

Berita yang baru Hafiz terima:

Disamping menawarkan pembelian pakaian kanak-kanak secara online dan murah, baru-baru ini Pinwheels.My juga telah melancarkan satu pertandingan foto kepada pelanggan-pelanggannya.

Dengan hadiah utama yang mencecah nilai RM1000, syarat-syarat pertandingan foto ini cukup mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan:

  1. Berbelanja minimum sebanyak RM100.
  2. Pakaikan pakaian yang dibeli menerusi laman Pinwheels.My kepada anak-anak.
  3. Ambil gambar sekreatif yang boleh untuk diupload ke dalam laman Facebook Pinwheel.My.
  4. Share dan promosi gambar tersebut untuk mendapatkan “Like” sebanyak yang mungkin.

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan gambar yang mempunyai jumlah “Like” yang tertinggi. Senang je kan?

Jadi, tunggu apa lagi. Alang-alang masih dalam mood raya ini, bolehlah korang cuba nasib ye. Beli dan Menang. Mana tahu ada rezeki. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Sebarang pertanyaan dan info yang lebih lanjut, boleh layari www.pinwheels.my dan juga fanpage mereka di facebook.com/Ilovepinwheels.

Update: Laman web pinwheels.my telah dinyahaktifkan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

17 Comments

Leave a Reply
  1. Cukup mudah juga, kita tinggal mendapatkan banyak like ni untuk memenangkan hadiah dri pnwheels.my namun sebelumnya harus belanja di sana dulu … 🙂

Leave a Reply to hafiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *