Melayu Boleh!

Semenjak dua menjak ni makin ramai kenalan gua yang dah pakai superbike. Sekejap nampak mamat Subang post gambar KTM Duke, selang 4-5 hari nampak mamat Johor post gambar Kawasaki ER6F. Paling baru sekali nampak pulak mamat Cheras post gambar Ducati Monster.

Wahh..Ini macam nak bikin gua panas.

Dah lah sebelum ini pun jiran-jiran dah panaskan gua dengan Yamaha R6 kat sebelah kiri rumah, Kawasaki Versys 650 kat sebelah kanan rumah, Kawasaki ER6N selang dua rumah, Harley Davidson pula dekat simpang hujung taman. Hinggakan tiap-tiap pagi kepala gua terteleng-teleng sebab nak tengok keseksian superbike-superbike tu.

Tapi tak apa. Gua salute owner superbike tu, walaupun umur diorang masih muda tapi dah ada pekerjaan yang stabil, sebab tu boleh pakai superbike. Tabik spring satu kali.

Satu hari nanti gua percaya, gua juga akan merasa superbike sendiri. Itu azam dan cita-cita gua dari kanak-kanak sampai sekarang.

Melayu Boleh

Target gua sebelum umur 35 tahun. Tak dapat Honda CBR1o00RR, Yamaha R1 pun jadi. Masih banyak masa lagi, sekarang umur gua baru cecah 18 tahun.

So, sama-samalah lu orang doakan gua beli superbike cepat-cepat. Untung-untung bila gua dah dapat sebijik, boleh bawak lu orang pusing satu Bangi. Minyak kita tong-tong.

MELAYU BOLEH!!

p/s: Mood bikerz, so bahasa pun kena jadi gua lu.

Contest SEO Melayu Boleh 2013 dianjurkan oleh Beritakaki Online dan juga ditaja oleh Eca, JomStadi, Akma Omar, AkuPenghibur, CikLaili, AsyrofStudio, Boni Kacak, MenulisMenconteng, Fuh [dot] My, Media Siber, Gempak [dot] org, GilerKentang, NurMujahidah, Pondok KecilBlogFyna & Pelik [dot] My

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

38 Comments

Leave a Reply
  1. Salam Hormat dan semoga berjaya dalam Melayu Boleh Campaign. Apa yang saya tahu Melayu Boleh satu istilah Bahasa Melayu glamour|top|popular di Malaysia. Di entri Melayu Boleh Saya juga Menyokong usaha murni ini. Dalam banyak-banyak perkataan, Melayu Boleh sudah di disalaherti menjadi keyword lucah di enjin carian Google, Yahoo dan Bing. 3gp Melayu Boleh atau Download Video Melayu Boleh merupakan Trending Long Tail Keyword oleh pengguna internet di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *