in

Laman Web Ini Bantu Senaraikan Negara Yang Boleh Dilawati Tanpa Memerlukan Visa


Pemilihan lokasi percutian di luar negara kadang-kadang membebankan kita untuk membuat pilihan yang sesuai. Ini kerana terlalu banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan kita ke dalam sesebuah negara itu; sebagai contoh keperluan mendapatkan visa pelawat ataupun kos penginapan, makanan dan pengangkutan yang tinggi berbanding negara sendiri.

Salah satu cara untuk kita mengelakkan diri daripada memikirkan perkara remeh-temeh seperti ini adalah dengan menyenarai pendek lokasi-lokasi percutian luar negara dengan memilih destinasi yang mudah dituju.

Melalui kewujudan sebuah laman web yang dipanggil VisaDB, masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah.

VisaDB.io, merupakan sebuah laman web yang disediakan khas bagi memberikan maklumat ringkas kepada pengguna tentang visa dan syarat-syarat kemasukan pelancong ke sesebuah negara berdasarkan kewarganegaraan dan matlamat pelancong.

Dengan menggunakan sumber-sumber data yang diambil secara manual daripada laman-laman web kerajaan dan pihak ketiga bagi setiap negara, pengguna boleh membuat semakan pantas sekiranya bercadang untuk melancong ke negara-negara yang membenarkan pelawat untuk melancong tanpa menggunakan visa.

Disamping itu, VisaDB juga memberikan maklumat akan tempoh berapa lama korang boleh tinggal di sesebuah negara itu, dan tidak kurang juga mereka menyediakan maklumat tentang sama ada seseorang itu boleh atau tidak sekiranya mendapatkan visa secara ad hoc; maksudnya mendapatkan visa hanya selepas tiba di destinasi yang dituju.

Turut dipaparkan kepada pengguna adalah perbandingan cuaca, kos penginapan, pengangkutan dan makanan di antara negara asal pengguna dan destinasi yang dituju.

Sekiranya pengguna bercadang untuk membuka satu start-up di luar negara, VisaDB juga membantu memberikan maklumat tambahan sekiranya sesebuah negara itu menyalurkan bantuan ataupun tidak.

Dan dikhabarkan dalam masa terdekat, penyediaan maklumat di laman web VisaDB ini akan ditambah untuk sesiapa yang mencari maklumat mengenai tempat untuk menetap, bekerja, menyambung pelajaran ataupun penukaran kewarganegaraan.

Nota: Disebabkan laman web ini masih diperingkat Alpha, ada baiknya jika semakan pengesahan juga dibuat di kedutaan negara masing-masing.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *