Melaka World Solar Valley

Berbalik kepada cerita lawatan tapak bersama SEDA Malaysia di Melaka tempoh hari.

Selepas keterujaan aku melihat senibina rumah cekap tenaga milik Pn. Stephanie Mary Bacon, aku bersama kumpulan lawatan bergegas ke lokasi lain yang terletak di Alor Gajah. Tempat seterusnya yang diberi nama Melaka World Solar Valley ini menempatkan salah sebuah syarikat pembuatan sel solar PV tersohor di Malaysia, iaitu AUO-Sunpower Sdn Bhd.

AUO sunpower-hafiz rahim

Sehingga ke hari ini, syarikat ini merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang berjaya mendapatkan pengiktirafan LEED Platinum daripada U.S Green Building Council (USGBC) bagi kemudahan yang telah mereka sediakan.

Leed platinum-AUO sunpower-hafiz rahim

Pengiktirafan tersebut dikenali sebagai standard dalam menentu ukur tahap kemampanan sesebuah infrastruktur dan ianya diukur berdasarkan sembilan kriteria utama, iaitu;

  • Kawasan yang mampan
  • Kecekapan pengurusan air
  • Sumber tenaga dan persekitaran
  • Sumber dan bahan
  • Kualiti persekitaran dalaman
  • Lokasi dan hubungan
  • Pendidikan dan kesedaran
  • Inovasi dalam reka bentuk
  • Keutamaan serantau

Sumber: USGBC.org

Boleh dikatakan, akreditasi pensijilan LEED ini adalah cara terbaik untuk mempertontonkan kepada umum bahawa infrastruktur yang digunakan oleh sesebuah organisasi itu adalah bangunan cekap tenaga.

Susunan sel solar PV diatas cermin pintu gerbang AUO-Sunpower Sdn Bhd
Susunan sel solar PV diatas cermin pintu gerbang AUO-Sunpower Sdn Bhd

Bukan itu sahaja, malah dari segi pandangan pengguna biasa seperti kita pula, pengiktirafan ini dapat dilihat sebagai satu langkah yang amat positif bagi memelihara alam sekitar dan juga dalam usaha memupuk minat pengguna untuk lebih efisyen terhadap penggunaan dan penjimatan tenaga elektrik.

Bersama contoh panel solar PV yang telah siap
Bersama contoh panel solar PV yang telah siap

Okay satu perkara yang menarik perhatian semasa aku berkunjung ke AUO-Sunpower Sdn Bhd ini, apabila setiap infrastruktur didalam kawasan syarikat yang seluas 51 hektar ini, dilengkapi dengan panel-panel solar PV diatas setiap atap bangunan. Ini bertujuan untuk membekalkan tenaga elektrik secara aktif kepada pejabat-pejabat mereka sendiri. Dengan erti kata lain, ia dapat mengurangkan kebergantungan mereka terhadap bekalan elektrik yang dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (kecuali dibahagian produksi iaitu kawasan kilang yang memerlukan mesin mereka beroperasi 24 jam setiap hari).

Malah di tempat parkir kereta dan motorsikal mereka juga tidak terkecuali untuk dipasangkan sistem solar PV. Bagus kan?

parking solar pv
Kotak-kotak inverter dibawah atap bersolar PV

solar pv

Ya, memang bagus. Tetapi ini hanyalah satu contoh yang boleh dibanggakan berbanding banyak lagi contoh-contoh yang lebih mengagumkan dinegara luar. Sebenarnya jika diikutkan keadaan semasa, negara kita masih jauh ketinggalan. Terlalu banyak perkara yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi membolehkan semua orang menikmati kemudahan sebegini. Diantara salah satu caranya adalah dengan kewujudan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB).

Bukan niat aku untuk mengiyakan apa sahaja tindakan kerajaan, tetapi didalam situasi ini KWTBB dilihat dapat membantu meningkatkan kuota permohonan sistem TBB dengan lebih pantas. Lantas membuka peluang kepada orang ramai untuk turut sama menggunakan sistem TBB (sebagai contoh solar PV) dirumah masing.

Nota: Lebih banyak Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu dikumpul, lebih banyak kuota akan dibuka, lebih ramai yang berpeluang untuk menggunakan sumber Tenaga Boleh Baharu (contoh: solar PV) dirumah. Untuk maklumat lanjut, layari www.SEDA.gov.my

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Mengenai tenaga diperbarahui semakin di perkatakan. Dikala negara kita begitu teruja mengunakan solar panel manakala dinegara maju sudah mula membincangkan:
    1. impak alam penggunaan solar panel untuk skala besar sebagai contoh kawasan dan habitat yang perlu dikorbankan
    2. bahan-bahan toksik yang digunakan untuk mengilang sel solar panel
    3. isu pelupusan solar panel yang sudah capai jangka hayat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *