in

Melabur Saham Cara “Buy The Rumor, Sell The News”


Tahun ni walaupun banyak berita yang dikeluarkan mengenai ekonomi negara yang tidak begitu kukuh, tak bermakna kita tak boleh menjana keuntungan daripada pelaburan saham.

Di awal bulan April tempoh hari adalah waktu dimana portal-portal berita tempatan mengeluarkan kenyataan berbaur khabar angin bahawa projek ECRL (East Coast Rail Line) akan dihidupkan semula oleh pihak kerajaan Malaysia dengan syarat rundingan yang diperbaharui.

Akibat daripada perkhabaran khabar angin ini, kebanyakan kaunter-kaunter saham dalam industri pembinaan mula bangkit dari tidur dek kerana bilangan pelabur-pelabur yang mula berasak-asak untuk tidak melepaskan peluang menjana keuntungan. Mat saleh kata.. Buy the rumor, Sell the news.

Salah satu kaunter yang menjadi rebutan ramai adalah ECONBHD (5253) dimana syarikat ini adalah sebuah syarikat pembinaan yang mengkhususkan kepada kerja-kerja cerucuk besi kedalam tanah (yang secara langsung terlibat dalam mengukuhkan lagi struktur tanah sesebuah kawasan pembinaan).

Untuk makluman, sebelum ini ECONBHD atau nama penuhnya ECONPILE HOLDINGS BHD adalah sebuah syarikat yang bereputasi tinggi dan banyak terlibat dengan projek-projek mega kerana kemampuannya untuk menyediakan penyelesaian cerucuk dan kerja asas bangunan berskala besar dan kompleks.

Disebabkan khabar angin ini memberi signal positif dan ditambah lagi dengan penelitian analisa teknikal kaunter yang dilihat mempunyai track record yang bagus, aku adalah diantara individu yang berminat untuk membuat pelaburan kepada kaunter saham ini.

Entry point aku pada awalnya adalah pada nilai 0.63 sen, yang mana setelah beberapa hari Perdana Menteri ke-7 mengumumkan secara rasmi bahawa projek ini akan diteruskan semula, ia mencatatkan keuntungan diatas kertas sehingga melebihi 15% dan telah mengalami limit up selang beberapa hari berikutnya.

Namun begitu apabila sifat tamak mula menguasai diri, ketika market membuat correction aku agak alpa dan lalai sehingga tak berkesempatan untuk menyelamatkan pelaburan yang dibuat.

Keuntungan diatas kertas yang pada mulanya nampak menggiurkan mula menurun sedikit demi sedikit. Maka bagi mengelakkan kerugian yang lebih tinggi, aku bertindak untuk cut loss kan saham yang ada ketika saham berada pada nilai 0.605 sen dan 0.59 sen. Sekaligus menyebabkan nilai purata pegangan saham aku berada pada 0.619 sen seunit.

Syukur setelah beberapa minggu saham dipegang, ditambah pula dengan musim raya yang telah tamat dan perancangan projek pembangunan ECRL bakal bermula tidak lama lagi, saham ini sekali lagi dilihat akan membuat bullish pattern.

Cumanya, berdasarkan penelitian melalui indikator Bollinger Bands, nilai saham kelihatan mula menyentuh upper band dimana dari segi teorinya jika harga unit sesaham mula mencecah paras tersebut, ia membawa maksud akan berakhirnya uptrend yang akan menyebabkan saham tersebut susut nilai. – Baca sini kalau nak belajar saham secara online

Jadi, apakah tindakan aku tindakan aku yang seterusnya? Jual dulu beli balik kemudian atau kekalkan dengan posisi hold?

Jika diikutkan perasaan dan emosi, holding power aku agak rapuh. Tak dinafikan aku risau akan kehilangan keuntungan yang sedia ada.

Akan tetapi jika dilihat dari segi analisa asas kaunter saham ini, struktur kewangan syarikat masih kukuh dimana laporan kewangan suku pertama tahun 2019 yang dikeluarkan beberapa minggu lalu masih mampu menjana keuntungan walaupun peratus keuntungannya agak berkurang daripada suku tahun pertama tahun sebelumnya.

Nota: Pelaburan saham pasti ada untung ruginya. Dapat untung berganda-ganda, risiko dapat rugi pun berganda-ganda. Cuma, untuk kurangkan risiko untuk rugi.. penuhkan juga ilmu didada. Rugi, anggap saja itu yuran kebodohan untuk mencerdikkan kita. Nak belajar tak susah. Kalau malas hadir ke kelas, belajar online pun ada. Tak percaya? Ini haa ebook Sistem Saham. Boleh baca dan ulang baca sampai lebam.

p.s: Sekadar catatan journey pelaburan saham.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *