in ,

Mekdi – Nama Panggilan McDonald’s Malaysia Sempena Hari Merdeka Dan Hari Malaysia


Beberapa hari lepas aku ke Bukit Bintang. Dalam kesesakan lalu lintas, aku ternampak satu signage baru yang nampak begitu familiar sebelum ini tapi kelihatan agak berbeza. ‘Mekdi’.. nampak lain benar ejaannya. Tak nampak seperti kebiasaan yang selalu kita nampak hari-hari kat tepi jalan, dimana signage Mcd hanya mempunyai logo “M” yang besar.

Sejujurnya bagi aku signage baru ni nampak lebih cool. Lebih localised dan juga menampakkan ciri-ciri Malaysia. Yelah, zaman kita sekarang semua nama dan benda nak ditempatankan dan kini salah satu daripadanya yang bertukar, adalah McD yang kini menjadi Mekdi.

Senang, nampak catchy dan straight forward untuk disebut. Sebagai contoh apabila diperlukan untuk dijadikan objek untuk tunjuk arah pada tourist, tak adalah gagap sangat nak sebut. Even bagi orang yang tak pandai speaking pun bila sebut aje Mekdi, maka pronounciation McD dalam english pun akan jadi betul. Hehehe.

Jadi disebabkan penggunaannya dilihat lebih berjiwa Malaysia, that’s why lah bersempena dengan sambutan Hari kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini, McDonald’s Malaysia yang turut menyambut ulang tahun mereka yang ke-37, menerima pakai perkataan Mekdi sebagai local nickname mereka.

Sebagai permulaan, signage Mekdi ini akan dipaparkan di restoran McDonald’s Bukit Bintang, yakni merupakan lokasi pertama McDonald’s di Malaysia yang dibuka pada tahun 1982.

Malah bukan itu saja, McDonald’s Malaysia baru-baru ini juga turut memperkenalkan Nasi Lemak McD untuk menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan. Dimana melalui hidangan ini yang mana “nasi lemak” merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia, menjadi tawaran baru bagi mereka yang inginkan menu bercitarasa tempatan.

Untuk penawaran asas Nasi Lemak McD, ia disajikan dengan nasi bersantan yang wangi, ikan bilis yang rangup, timun segar dan telur goreng, berserta sambal pedas. Dan jika korang nak nasi lemak McD yang lagi umphhh, boleh add on Ayam Goreng McD dan secawan iced lemon tea.

Aku sendiri dah makan nasi lemak McD ni beberapa kali, dan apa yang aku boleh kongsikan.. nasi lemak McD serius best. Sedapnya menjadi-jadi. Lebih menarik apabila nasi lemak McD ini ditawarkan secara 24 jam. So tak kira lah kat mana dan pukul berapa sekali pun.. kalau mengidam nak makan, boleh terus pergi cari kaunter drive thru McDonald’s untuk buat pesanan. Jangan risau, sekarang Nasi Lemak McD sentiasa ada. Mudah.

Harga tak pun tak mahal mana, RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais, manakala pada waktu lain harga ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 ketul Ayam Goreng McD dan teh Ais Limau. Kalau nak 2 ketul Ayam Goreng McD pulak, harganya akan jadi RM15.99. Hehehe.

By the way alang-alang kita bercakap tentang hari kebangsaan, ramai sedia maklum bahawa harimau dan bunga raya adalah merupakan simbolik kepada identiti Malaysia, dimana setiap satu daripadanya merupakan haiwan kebangsaan dan bunga kebangsaan Malaysia.

Akan tetapi tahukah korang apakah dia hidangan rasmi kebangsaan Malaysia?

Ya, aku tahu mesti ramai yang spontan akan jawab nasi lemak. Tetapi korang salah. Sedikit berita yang mendukacitakan, apabila Malaysia masih belum mempunyai hidangan rasmi kebangsaan.

What? Tak ada? Ya.. agak ironi kan. Walaupun kita tahu nasi lemak ni rasanya macam dah cukup sinonim dengan Malaysia, rupa-rupanya ia bukanlah hidangan rasmi kebangsaan. Sedih. Sob sob.

Namun begitu, menyedari bahawa populariti nasi lemak dikalangan rakyat Malaysia adalah sangat tinggi, timbul inisiatif oleh pihak McDonald’s Malaysia dalam usaha mengiktirafkan nasi lemak sebagai hidangan kebangsaan Malaysia rasmi. Petisyen ini yang dibuat melalui laman web Change.org menyasarkan sebanyak 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September) bagi mengangkat martabat nasi lemak kegemaran ramai.

Adakah korang sanggup bagi sokongan? Jika ya, klik dan hantar sokongan anda di sekarang. Aku dah, korang bila lagi? Go nasi lemak. Hee.

Fakta menarik McDonald’s Malaysia – Berjiwa Malaysia

  • Pilihan menu bercitarasa tempatan – Selain menu utama, McDonald’s Malaysia turut memperkenalkan menu lain mengikut citarasa tempatan seperti Nasi Lemak McD, Extra Spicy Ayam Goreng McD, McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol. Malah Malaysia adalah salah satu pasaran pertama di dunia yang mempunyai hidangan ayam goreng dalam menunya.
  • Penggunaan bahan-bahan tempatan – 80% daripada bahan-bahan McDonald’s Malaysia dibekalkan oleh pembekal tempatan, baik daripada bekalan ayam, sayur-sayuran mahupun sos.
  • Restoran (yang dimiliki terus oleh Gerbang Alaf Sdn. Bhd.) menggunakan tenaga kerja warga Malaysia – McDonald’s Malaysia menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia dan mereka komited dalam menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat.
  • Pemegang francais 100% warga Malaysia – Mempunyai 21 pemegang francais tempatan yang merupakan warga Malaysia, dan mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.
  • Aktiviti akar umbi setempat – Restoran McDonald’s diseluruh negara menyumbang semula kepada masyarakat setempat menerusi penganjuran pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru serta bantuan kepada mangsa banjir. Pada tahun 2018 sahaja, McDonald’s Malaysia telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan.
  • Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia –  Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald’s Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald’s adalah program ‘Kembali-ke-Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

Nota: Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tawaran menu McDonald’s, boleh layari laman web rasmi mereka di www.mcdonalds.com.my.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *