in

Mee Udang Teluk Kumbar


Maaf, agak lama Hafiz tidak dapat mengeluarkan entri-entri baru disebabkan ada beberapa isu peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Kali ini, Pulau Mutiara merupakan destinasi pembuka tirai Misi Jalan-Jalan Makan Angin bagi Hafiz sekeluarga. Ini semuanya gara-gara mengidam nak makan Mee Udang di Teluk Kumbar.

ilyana cafe_mee udang

Mak aih..Punya la jauh mengidam..Yang dekat area Bangi dan KL tak ada yang sedap ke?

Eh bukan tak ada yang sedap..Ada tu ada, cuma rasa mee udang diorang tu tidak menepati citarasa kitorang je. Hehe.

Setelah selesai sarapan pagi di kedai mamak Al-Faris Maju Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, jam ditangan menunjukkan pukul 10 pagi menandakan bermulanya bermulanya perjalanan selama hampir 7 jam menuju ke Pulau Pinang. Sampai di Pulau Pinang dalam jam 5 petang. Wow..Lama kan? Dah macam jarak perjalanan balik ke Terengganu.

Tempoh perjalanan yang lama tu bukannya sebab apa pun. Ada satu kemalangan yang melibatkan lori pengangkut besi buruk yang terbabas di laluan bertentangan, menyebabkan kesemua besi buruk yang dibawa bertaburan dilaluan kitorang. Damn..dari double lane jadi single lane. Ber-kilometer juga lah trafik jemnya.

Sampainya di destinasi yang dituju iaitu Ilyana Cafe. Masing-masing dah tak dapat menahan nafsu makan. Khair dah mula menjerit-jerit sambil menepuk meja.

khair

Alang-alang dah berjalan jauh, masing-masing order mee udang bersaiz besar. Ada 2 saiz je yang disediakan iaitu besar dan kecil. Kalau kecil murah sikit.

Mee Udang Teluk Kumbar..sedapp!

Udang lagi besar daripada mulut.

Masing-masing makan tak pandang kiri kanan

Papa dan mama pun khusyuk juga

Makan sambil SMS

Mee udang yang dah settle dikerjakan

Total 9 mangkuk mee udang yang kitorang mencekik ini berharga RM155.70. Itu semua dah termasuk dengan minuman sekali. So kiranya satu pinggan mee udang itu harga jatuh dalam rm16 je. Oklah, not bad. Takdelah mahal sangatkan. Sedap pun hingga menjilat jari. Puas hati datang jauh-jauh.

bil mee udang

Dan untuk pengetahuan korang, restoran ini beroperasi dari 12 tengahari hingga 1 pagi. Tak menjadi masalah lah sekiranya korang sampai lambat pun. Cuma kalau udang dah habis dulu mungkin korang akan terlopong. Hehe.

p/s: Ada lagi ke kat tempat lain yang mee udangnya sedap?


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

35 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to hafizmd Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *