Maaf, agak lama Hafiz tidak dapat mengeluarkan entri-entri baru disebabkan ada beberapa isu peribadi yang tidak dapat dielakkan.
Kali ini, Pulau Mutiara merupakan destinasi pembuka tirai Misi Jalan-Jalan Makan Angin bagi Hafiz sekeluarga. Ini semuanya gara-gara mengidam nak makan Mee Udang di Teluk Kumbar.
Mak aih..Punya la jauh mengidam..Yang dekat area Bangi dan KL tak ada yang sedap ke?
Eh bukan tak ada yang sedap..Ada tu ada, cuma rasa mee udang diorang tu tidak menepati citarasa kitorang je. Hehe.
Setelah selesai sarapan pagi di kedai mamak Al-Faris Maju Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, jam ditangan menunjukkan pukul 10 pagi menandakan bermulanya bermulanya perjalanan selama hampir 7 jam menuju ke Pulau Pinang. Sampai di Pulau Pinang dalam jam 5 petang. Wow..Lama kan? Dah macam jarak perjalanan balik ke Terengganu.
Tempoh perjalanan yang lama tu bukannya sebab apa pun. Ada satu kemalangan yang melibatkan lori pengangkut besi buruk yang terbabas di laluan bertentangan, menyebabkan kesemua besi buruk yang dibawa bertaburan dilaluan kitorang. Damn..dari double lane jadi single lane. Ber-kilometer juga lah trafik jemnya.
Sampainya di destinasi yang dituju iaitu Ilyana Cafe. Masing-masing dah tak dapat menahan nafsu makan. Khair dah mula menjerit-jerit sambil menepuk meja.
Alang-alang dah berjalan jauh, masing-masing order mee udang bersaiz besar. Ada 2 saiz je yang disediakan iaitu besar dan kecil. Kalau kecil murah sikit.
Mee Udang Teluk Kumbar..sedapp!
Udang lagi besar daripada mulut.
Masing-masing makan tak pandang kiri kanan
Papa dan mama pun khusyuk juga
Makan sambil SMS
Mee udang yang dah settle dikerjakan
Total 9 mangkuk mee udang yang kitorang mencekik ini berharga RM155.70. Itu semua dah termasuk dengan minuman sekali. So kiranya satu pinggan mee udang itu harga jatuh dalam rm16 je. Oklah, not bad. Takdelah mahal sangatkan. Sedap pun hingga menjilat jari. Puas hati datang jauh-jauh.
Dan untuk pengetahuan korang, restoran ini beroperasi dari 12 tengahari hingga 1 pagi. Tak menjadi masalah lah sekiranya korang sampai lambat pun. Cuma kalau udang dah habis dulu mungkin korang akan terlopong. Hehe.
p/s: Ada lagi ke kat tempat lain yang mee udangnya sedap?
besar udang tu! tp sepinggan besar RM16 mcm mahal jek…hehe
kalau tak sedap memang mahal bro..kalau sedap, takde hal bayar lebih sikit
hehehe…mungkin mahal mungkin tidak…kalau sedap, hentam sajakah…hihi
p.s.ada satu lg mee udang yg ambe rase sedap di pulau sayak
Adeh ni buat terliur rasa nk terbang balik kampung cheq pi pekena smua makanan kat Penang ni. uwaaa
kena pi makan tu..hehe
Katanya kat kuala sepetang tu menarik dan sedap jugak bro….
orang cakap sedap..tapi lepas rasa, sini lagi sedap bro
Lapar plak tengok gambar dalam entry nie.. Dah la aku x makan lg tgh hari nie..
hehe..kena g cari mee udang la lepas ni
Pergh.. sedap tu! Terliur tengok gambar!
tangkap leleh ye bro
wah, lebih seratus tu..
9 orang makan takpe lagi bro..hehe
wah mahalnya…
kalau kat padang kota pula, top mee sotong.. memang terbaik… hehehe
oo..kena cari mee sotong plak pasni..haha
dah habis baru pandang kamera, nampak sangat sedapnya ni
memang sedap bro. 🙂
huh bior betul main sekor udg terus masuk mulut tu hehehe
masuk sekor terus takleh nak kunyah bro..besar..hehe
Saya selalu jugak melepak di Al-Fariz Maju tu, pekena Nescafe tarik…
bro dok bangi jugak ke? leh ar lepak2 nanti.
Ok tq. boleh masuk dalam list tempat yang bakal dikunjungi bila ke utara nanti. Sebab misi 2013 nak ke utara.
wajib singgah ni. 🙂
huh buat air liuq aku meleleh jer der…:)
kalau meleleh tu lap tak jadi pape..kena pegi makan kat sana..haha
nanti boleh datang muar try mee bandung udang muar
insha Allah. 🙂
Serius memang nampak sedap gileee… jeles plak tengokkk 😉
tu belum tengok tuan punye blog ni makan lagi..makin jeles jadinya..hahaha
waaaahhhh… kena ambik contact number dia laaa… boooking leh? hehehe
booking aku tak sure plak..tapi boleh rasanya..masa aku pergi tu ade je IPD book satu ruang makan aircond..terpaksa aku duduk kat tempat takde aircond…huhu
tengah2 lapar tgk mee udang itu.. perh.. memang terbaik
mahal la tp halal jg, hehe
Penang syurga makanan! Semua sedap2. hehe.