in

Mee Udang Sedap Dengan Asam Pedas


Yeah.. lama tak pekena mee udang D’laila. Kelmarin sempat singgah kesana untuk makan malam bersama family.

Dah lain kedainya. Makin besar, makin maju. Menu pun dah ada menu tambahan yang lain iaitu masak asam pedas.

Style masakan.. sama seperti mee udang. Korang pilih makanan laut mana yang jadi idaman hati kemudian tukang masak akan masakkannya untuk korang.

Sedap, aku dah rasa ikan pari asam pedas. Adik aku yang order kan. Rasa asam pedas dia.. fuhh memang terbaik. Cukup rasa masam manis pedas. Tambah pulak makan panas-panas, confirm terangkat.

Asam pedas pari

Mee udang, yang ini tak perlu lah kot aku nak cerita panjang-panjang. Memang senantiasa sedap pun, rasa kuah maintain power. Udang pulak, udang segar. Aku bagi 5 bintang untuk mee udang D’Laila.

Mee udang saiz L
Mee Udang saiz L – RM12

Malah, bukan aku je yang suka. Mak aku, isteri aku even anak buah aku yang pertama kali makan pun, makan sampai tak pandang kiri kanan. Haa.. bila dah sampai tahap macam tu, kira terbaik lah kan.

Ini pun sambil-sambil aku taip entri, bila terpandang balik je gambar mee udang yang aku dah snap, tiba-tiba rasa mengidam dan lapar tu datang balik. Haih.. Nasib baik lah masih boleh tahan air liur daripada meleleh. Kalau tak tahan sabar, sekarang juga aku call owner masakkan mee udang galah special satu untuk aku. Udang kasi lebih.. baru kaw kan. hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

12 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Bro Framestone Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *