Yeah.. lama tak pekena mee udang D’laila. Kelmarin sempat singgah kesana untuk makan malam bersama family.
Dah lain kedainya. Makin besar, makin maju. Menu pun dah ada menu tambahan yang lain iaitu masak asam pedas.
Style masakan.. sama seperti mee udang. Korang pilih makanan laut mana yang jadi idaman hati kemudian tukang masak akan masakkannya untuk korang.
Sedap, aku dah rasa ikan pari asam pedas. Adik aku yang order kan. Rasa asam pedas dia.. fuhh memang terbaik. Cukup rasa masam manis pedas. Tambah pulak makan panas-panas, confirm terangkat.
Mee udang, yang ini tak perlu lah kot aku nak cerita panjang-panjang. Memang senantiasa sedap pun, rasa kuah maintain power. Udang pulak, udang segar. Aku bagi 5 bintang untuk mee udang D’Laila.
Malah, bukan aku je yang suka. Mak aku, isteri aku even anak buah aku yang pertama kali makan pun, makan sampai tak pandang kiri kanan. Haa.. bila dah sampai tahap macam tu, kira terbaik lah kan.
Ini pun sambil-sambil aku taip entri, bila terpandang balik je gambar mee udang yang aku dah snap, tiba-tiba rasa mengidam dan lapar tu datang balik. Haih.. Nasib baik lah masih boleh tahan air liur daripada meleleh. Kalau tak tahan sabar, sekarang juga aku call owner masakkan mee udang galah special satu untuk aku. Udang kasi lebih.. baru kaw kan. hahaha.
Nampak mantap lah!!! Asam pedas ni memang layan…
Bset!boleh pilih ikan pula.
Perghhh. .. sedapnya dapat makan mee udang galah dan mee udang saiz L tu…
perghhh.. memang terliurrr… udang tu kita pilih nak besor dan banyak mana ke?
Bilangan udang tu memang dah tetap. Nak extra kena bagitahu dia. Udang nak pilih takde masalah rasanya. Saya tak pernah pilih, suruh dia letakkan je. hehehe
serius..berzaman gak tak makan nih..
Hurmmm….. maybe lepas ni aku nak cuba diorang punya masak lemak cili api dia…. geram tengok kuah pekat dia tu….
abang… jom makan asam pedas kat sana!
rasa lapar dah nie bro..belanja sikit boleh
Bila pergi ini? Tak mengajak
Wah. Dahsyatnya. Mee udang masak pakai claypot.
Nampak gambar je dah mengancam
tampak lezat sekali