Mee Udang D’Laila Memang Sedap

Masuk kali ni dah lebih 5 kali rasanya aku datang makan mee udang D’Laila. Dah semacam port wajib setiap kali rasa mengidam nak makan mee udang mesti aku akan datang kesini.

Hafiz Rahim - Mee Udang MMA Santai Corner
Bersama owner kedai, Kak Laila. Khair tak masuk dalam gambar, sibuk main smartfon.

Mee udang D’Laila memang sedap. Bukan aku je yang suka, tapi seisi keluarga aku pun suka.

Buktinya.. nah. Tiap-tiap kali aku datang ke mari mesti akan terlupa untuk ambil gambar mee udang terlebih dahulu. Sedar-sedar je dah tinggal separuh. Hahaha.

Mee Udang sedap
Udang galah.. Sedapppp!

Isteri aku pun yang dulunya hanya so-so dengan mee udang dikedai lain, tiba-tiba dah bertukar selera jadi kegemaran pula bila makan mee udang D’laila. So, dari situ pun dah tahu sedap kan. Hehehe.

Kawan-kawan pula kalau tanya aku mee udang mana yang sedap, aku selalu rekemen diorang untuk cuba makan mee udang D’Laila. So far belum ada yang pulang dengan hampa.

Bukan nak puji lebih-lebih, tapi resipi mee udang D’Laila memang antara yang terbaik. Tak rugi kalau datang dari jauh semata-mata untuk makan mee udang ini seperti BroFramestone dari Rawang tempoh hari. Untuk pengetahuan, ini resipi pemiliknya sendiri tau, Kak Laila. Nak cari dekat tempat lain, maaf memang takkan jumpa. Hanya di Nilai.

Gambar pinjam daripada FB owner – D’Laila
Mangsa.. Hehehe

Untuk makluman, bagi sesiapa yang berhajat nak mencari lokasi Mee Udang D’Laila, disarankan guna saja applikasi Waze dan search MMA Santai Corner. Mudah.

Nota: Harga semangkuk mee udang galah, RM12. Ada 4 ekor semuanya. Sedap dan berbaloi-baloi. Nyum.. nyum..

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply
    1. Tu diaa…. dah sampai 5 kali kawan aku terjah yea…. okey la tu… bila datang malam2x boleh la layan dengar orang karaoke sekali kan…. ke ko memang dah kusyuk giler kopek kulit udang tu kan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Masuk Majalah Pa&Ma

    Penyampaian Hadiah Peraduan Minum Dan Menang Jus Mangga PRAN