Mee Udang D’Laila, antara mee udang yang terbaik pernah aku makan.
Lebih sedap berbanding mee udang Teluk Kumbar, kuahnya juga lebih pekat serta penuh dengan rasa rempah ratus.
Harga yang ditawarkan agak berpatutan. RM10 bagi semangkuk mee udang galah, RM10 bagi semangkuk mee udang bersaiz L dan juga RM5 bagi mee udang bersaiz M.
Seperti yang aku tunjukkan di dalam gambar diatas, itu adalah hidangan mee udang galah. Disertakan 4 ekor udang galah bersaiz sederhana bagi setiap hidangan.
Seeeeedapppp! Serius sedap tau. Sedap hingga menjilat jari. Even isteri aku yang pada mulanya kurang berminat dengan mee udang pun dah mula memuji-muji kelazatan rasa mee udang D’Laila. Kalau boleh tiap-tiap minggu nak diajaknya datang kemari.
Nota: Bagi sesiapa yang ingin mencuba sendiri mee udang D’Laila ini, boleh berkunjung ke MMA Santai Corner yang terletak di Nilai Negeri Sembilan. Untuk memudahkan pencarian, gunakan saja applikasi telefon pintar WAZE dan search “MMA Santai Corner“. Lokasinya betul-betul berdekatan dengan pasaraya Giant Nilai.
p/s: Maaflah, gambar ada satu je. Masa datang dengan family hari tu tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak. Al-maklumlah.. bila dah mengadap mee udang yang sedap, mana nak ingat benda lain lagi kan. Hahaha.
tengok gambar sahaja nampak sedap..awesome nie..bro!
Mantap dan sedap,
Makanan favorit saya.
Ok. Tq bro sbb nak belanja aku kat sini nnti
Fuuuh. Sedap ni. Nak kena pi sekali ni
apa yang aku tengok..murah dan udangnya beso beso belaka..fuh..teringin nak gi makan ni..:P
Hari tu dah makan agak lewat kan…. memang terus belasah makan kan….
nampak sedap tu..ambe nak kene terjah gak ni..heh
baru nak pergi serbu.rupanya di nilai.huhu
Seremban ngan Nilai x jauh tp nak kena la cari jalan tu kan…hihihhi…nak puasa dah ni…buka posa diorang bukak x agaknya?
perghh udang..besor! n murah gile.. aduh..pedih lak perut d tghri bulan puasa ni.. ade nombor kecemasan gastrik tak? hehe