in

Masuk Majalah Pa&Ma


Seingat aku, kali terakhir aku masuk majalah pada 10 tahun lepas. Tetapi itu pun setakat majalah sekolah. Kena buat 3 barisan, aku berdiri dibarisan paling belakang dan cikgu kelas pula duduk dikerusi tengah barisan paling hadapan.

Paling kuat pun satu sekolah je budak-budak boleh kenal aku. Nak popular dikalangan awek-awek memang tinggal harapan, sebabnya.. sekolah semua budak laki-laki.

Tapi kali ni aku dah maju setapak kehadapan. Aku dilamar oleh sebuah syarikat ternama untuk dimuatkan cerita aku, Khair dan blog kedalam sebuah majalah terbitan mereka.

Hafiz Rahim masuk majalah PaMa

Haihh.. bangga kejap weh.

Biasalah.. orang tak popular macam aku, bila dapat masuk majalah.. begini lah gayanya. Habis nak dicanangnya satu Malaya. Berbeza dengan orang yang dah memang popular, dari jauh pun orang dah kenal. Tak payah bising-bising. Hahaha.

Tetapi apa-apa pun, aku rasa berterima kasih sekali lagi kepada pihak Karangkraf kerana sudi menjemput aku untuk sesi bergambar dan temuramah tempoh hari. Tak pernah terlintas difikiran langsung bahawa muka kacak aku dan Khair akan tercetak di majalah (boleh letak dalam frame dah ni).

So, kepada sesiapa yang nengenali aku, follow blog aku, tangkap cintan dengan aku.. aku pohon jasa baik korang, lepas ni support lah skit beli majalah Pa&Ma. Baca cerita tentang aku tu, mungkin boleh dijadikan sumber inspirasi. Cewahh.

P/s: Tiba-tiba rasa macam poyo gila entri ni. Hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

12 Comments

Leave a Reply
  1. Hurmmm…. ko pun all boys school gak ker…. hehehehee…. Anyway semoga lebih semangat untuk jadi blogger yang lebih hebat yea….

Leave a Reply to Farah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *