in ,

Masuk Kelas Renang Pula


Kalau sebelum ni untuk seni mempertahankan diri, daddy suruh Khair sambung belajar taekwondo. Tapi untuk asas menyelamatkan diri pula, daddy suruh Khair masuk kelas renang.

Khair yang memang suka sangat kalau sebut bab-bab mandi kolam, memang tak menolak langsung. Buktinya.. biarpun kalau ikutkan dia tak berapa nak sihat untuk attend first day kelas renang siang tadi, tapi nampaknya dengan selamba dia gagahkan diri. Hinggakan.. bila sampai kat sana, daddy pulak yang confuse. Dia ni betul-betul tak sihat atau main-main? Hahaha.

Actually, niat aku suruh Khair belajar renang tu tak ada lah mengharapkan pun sampai dia jadi atlet Olimpik. Tapi sebenarnya.. cukuplah sekadar sekiranya berlakunya kecemasan, contoh seperti terjatuh dalam kolam.. maka dia mampu selamatkan diri sendiri. – Tak nak la jadi macam daddy dan ibu dia ni kan, katakan kalau terjatuh dalam kolam.. alamatnya tenggelam terus lah sampai ke dasar kolam. Hahaha.

By the way.. just untuk rekod, agak beruntung jugak aku sebenarnya bila sekolah Khair menawarkan kelas renang. Biarpun pada mulanya aku rasa macam yuran bulanannya RM70 sebulan agak mahal, tapi bilamana ada kawan-kawan bagitahu yuran kelas renang di sekolah anak mereka jauh lebih tinggi.. terus dalam hati aku berkata, “Weh.. gila murah yuran kelas renang anak aku“. Tak jadi merungut lah. Hehehe.

Pertama kali hadir kelas renang

First day Khair attend latihan renang, dia kelihatan sangat bersemangat. Walaupun first few minutes, water confident dia agak rendah kerana dia adalah sejenis manusia yang jarang-jarang masuk pool. Tapi lama-kelamaan boleh nampak lah dia makin boleh sesuaikan diri dengan persekitaran dalam pool.

Cumanya, mengikutkan progress card yang disediakan oleh akademi kelas renang ni.. Actually, untuk jadi seperti mereka yang pandai berenang, masih jauh lagi perjalanan Khair. Kerana dalam kelas renang, ia melibatkan beberapa step yang perlu diikuti.

First day dimulakan dengan water familiarization, head submerge, hold breath dan bobbing (blow bubbles). Hanya selepas seseorang pelajar dapat menguasai sesuatu step, baru lah coach akan proceed ke step yang berikutnya.

Ahh.. tapi itu semua daddy tak berapa nak kisah pun. Lambat cepat bukan isunya. Asalkan Khair diajar oleh mereka yang bertauliah dah cukup bagus dah. Nanti dah mula belajar, pandai-pandai la dia terima apa yang diajar oleh coach.

p.s: Bila tengok anak belajar berenang, rasa macam daddy pun nak belajar berenang jugak. Tapi tak apa lah. Segan punya pasal, daddy nanti mintak Khair je la yang tolong ajarkan. Hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *